Wednesday, March 24, 2010

masih disini? anda mungkin tersesat...

saya kini berada di sini

terima kasih!

Thursday, April 09, 2009

Thursday, March 05, 2009





si katak itu

minggu lepas, aku bangun tidur dalam jam 5 pagi.
dalam perjalanan ke bilik air, ternampak sesuatu sedang bergerak-gerak
setelah memfokuskan mata dengan betul
rupa-rupanya seekor katak sedang 'bersiar-siar' dalam rumah.
"erm.. katak bertuah!"

memikirkan bala bencana yang bakal ditanggung jika si katak ini bertemu dengan si anak...
terpaksalah melakukan aktiviti 'menghalau katak di pagi buta'..
akhirnya si katak terperangkap di bilik stor..
aku cekup si katak dengan tangan.. lalu letak di hadapan rumah..
agak gatal tangan terkena cecair dari badan katak itu.

pada petang itu, aku bercangkul di hadapan rumah..
dalam semak itu, aku terjumpa katak tadi..
"aku ada jodoh dengan katak ni.."
berita buat kawan

"kawan ni lain dari saudara mara,
saudara mara ni akan sentiasa terikat darah dengan kita..
kawan ni orang yang kita pilih untuk terikat hati dengan kita..
ke guane boh..?"
aman

hari-hari yang begini, agak kontang!
hahaha~! tiada apa yang kelakar..
air mata? masih tidak layak untuk menangis..

aku? masih berada diantara semalam dan hari esok..
masih aman walaupun sepatutnya dalam huru hara menghadapi yang tak pasti

Monday, March 02, 2009

gencatan 'senjata'



"masa untuk gancatan senjata!"

itu yang saya katakan kepada seorang rakan sekerja, mewakili perubahan yang saya buat. perubahan dimana saya telah membuang aktiviti permainan video yang agak sekian lama saya 'terjerumus'.

sebenarnya 'gencatan senjata' telah beberapa kali dilakukan, namun telah di cabuli dengan 'jayanya'. cuma kali ini perkembangan 'gencatan senjata' akan dicatatkan disini sebagai satu lagi lapisan pelindung untuk melindungi segala gencatan tidak dicabuli.

mungkin istilah permainan video sebagai senjata adalah perumpamaan yang agak tidak sesuai pada mulanya. namun untuk menguatkan lagi keazaman, terpaksa menggunakan istilah terlampau untuk memberi kesan yang terlampau.

disini saya ingin mengecam permainan video sebagai senjata pemusnah yang memusnah masa-masa emas saya. senjata yang dicipta oleh penjahat yang ingin memusnahkan kualiti insan yang patut saya asah untuk menjadi 'orang berguna'.

semoga saya didoakan senjata sentiasa digencat. baca buku lah woit!

Wednesday, February 18, 2009

'un-blog'




assalammualaikum...
dah solat?

apa khabar? terima kasih kerana buat masa untuk melawat malammalam. saya ini adalah jasrul / po rol. :)

kenapa? kenapa saya sudah lama tidak menulis;
'malas' ialah jawapan yang agak betul
'lalai' ialah jawapan yang betul juga
'insaf' ialah jawapan yang tidak salah
'sibuk' ialah jawapan yang terlalu mudah

apa juga jawapannya.. harap dengan ketidakmenulisan saya semua orang semakin bahagia hidupnya. kini, saya mampu tersenyum begitu manis. syukur, ada doa saya yang tuhan makbulkan.. syukur lagi, kemungkinan ada doa yang tuhan tangguh untuk makbulkan. syukur juga atas segala doa yang tuhan tidak makbulkan kerana tuhan memang lebih arif yang membentangkan jalan yang terbaik untuk saya lalui... kehidupan memanglah cantik.

dikala menulis ini, si isteri sedang melipat kain. begitu tinggi tumpuannya. mungkin juga memikirkan si suami yang asyik dihadapan komputer, tanpa ambil peduli untuk menolong melipat kain. hehehe.. sesungguhnya memang bertuah dijodohkan dengan isteri yang rajin, dan juga pandai memasak. oo ouh.. perut ini sudak semakin maju kehadapan! sayam, i love u lah..

saya dapat berada depan komputer , dan si isteri dapat melipat kain. maka ternyatalah si anak sedang tidur. puteri sulong itu agak aktif kini. badannya semakin susut setelah 'dapat kaki'. langkah semakin panjang juga bermakna ujian tahap kesabaran si isteri semakin mencabar. terima kasih sayam! sayam jaga hanan dengan cemarlang lah... *muah*

dalam menjalankan tanggungjawap sebagai suami dan ayahenda, sentiasa kena saya ingatkan diri bahawa selapas kecintaan kepada allah dan rasullulah, kecintaan saya pada seorang perempuan bernama mak tidak boleh diabaikan. tapak kakinya adalah syurga..

lain-lain perkara, mungkin boleh dibaca dalam gambar.

kini tiba masa untuk 'un-blog'...

Monday, February 16, 2009


8 Kebohongan Seorang Ibu Dalam Kehidupannya

Dalam kehidupan kita sehari-hari, kita percaya bahwa kebohongan akan membuat manusia terperuk dalam penderitaan yang

mendalam, tetapi kisah ini justru sebaliknya. Dengan adanya kebohongan ini, makna sesungguhnya dari kebohongan ini justru

dapat membuka mata kita dan terbebas dari penderitaan, ibarat sebuah energi yang mampu mendorong mekarnya sekuntum bunga yang

paling indah di dunia.

KEBOHONGAN IBU YANG PERTAMA :
Cerita bermula ketika aku masih kecil, aku lahir sebagai seorang anak laki-laki di sebuah keluarga yang miskin. Bahkan untuk

makan saja, seringkali kekurangan. Ketika makan, ibu sering memberikan bahagian nasinya untukku. Sambil memindahkan nasi ke

mangkukku, ibu berkata : "Makanlah nak, ibu tidak lapar"

KEBOHONGAN IBU YANG KEDUA :
Ketika aku mulai dewasa, ibu yang gigih sering meluangkan waktu senggangnya untuk pergi memancing di kolam dekat rumah, ibu

berharap dari ikan hasil pancingan,ddia dapat memberikan sedikit makanan bergizi untuk pertumbuhan anak2nya. Sepulang

memancing, ibu memasak sup ikan yang segar dan mengundang selera. Sewaktu aku memakan sup ikan itu, ibu duduk disamping kami

dan memakan sisa daging ikan yang masih menempel di tulang yang merupakan bekas sisa tulang ikan yang aku makan. Aku melihat

ibu seperti itu, hati juga tersentuh, lalu menggunakan suduku dan memberikannya kepada ibuku. Tetapi ibu dengan cepat

menolaknya, dia berkata : "Makanlah nak, ibu tidak suka makan ikan"

KEBOHONGAN IBU YANG KETIGA :
Sekarang aku sudah masuk Sekolah Menengah,demi membiayai sekolah abang dan kakakku, ibu pergi ke koperasi untuk membawa

sejumlah kotak mancis untuk ditempel, dan hasil tempelannya itu membuahkan sedikit wang untuk menutupi kebutuhan hidup. Di

kala musim dingin tiba, aku bangun dari tempat tidurku, melihat ibu masih bertumpu pada lilin kecil dan dengan gigihnya

melanjutkan pekerjaannya menempel kotak mancis. Aku berkata : "Ibu, tidurlah, sudah malam, besok pagi ibu masih harus kerja."

Ibu tersenyum dan berkata : "Cepatlah tidur nak , ibu tidak penat"

KEBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT :
Ketika ujian tiba, ibu meminta cuti kerja supaya dapat menemaniku pergi ujian. Ketika hari sudah siang, terik matahari mulai

menyinari, ibu yang tegar dan gigih menunggu aku di bawah terik matahari selama beberapa jam. Ketika bunyi loceng berbunyi,

menandakan ujian sudah selesai. Ibu dengan segera menyambutku dan menuangkan teh yang sudah disiapkan dalam botol yang dingin

untukku. Teh yang begitu kental tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang yang jauh lebih kental. Melihat ibu yang

dibanjiri peluh, aku segera memberikan gelasku untuk ibu sambil menyuruhnya minum. Ibu berkata : "Minumlah nak, ibu tidak

haus!"

KEBOHONGAN IBU YANG KELIMA :
Setelah kepergian ayah kerana sakit, ibu yang malang harus merangkap sebagai ayah dan ibu. Dengan berpegang pada pekerjaan

dia yang dulu, dia harus membiayai keperluan hidup sendiri. Kehidupan keluarga kami pun semakin susah dan susah. Tiada hari

tanpa penderitaan. Melihat kondisi keluarga yang semakin parah, ada seorang pakcik yang baik hati yang tinggal di dekat

rumahku pun membantu ibuku baik masalah besar maupun masalah kecil. Tetangga yang ada di sebelah rumah melihat kehidupan kami

yang begitu sengsara, seringkali menasihati ibuku untuk menikah lagi. Tetapi ibu yang memang keras kepala tidak mengindahkan

nasihat mereka, ibu berkata : "ibu tidak butuh cinta"

KEBOHONGAN IBU YANG KEENAM :
Setelah aku, kakakku dan abangku semuanya sudah tamat dari sekolah dan bekerja, ibu yang sudah tua sudah waktunya pencen.

Tetapi ibu tidak mahu, dia rela untuk pergi ke pasar setiap pagi untuk jualan sedikit sayur untuk memenuhi keperluan

hidupnya. Kakakku dan abangku yang bekerja di luar kota sering mengirimkan sedikit wang untuk membantu memenuhi keperluan

ibu, tetapi ibu berkeras tidak mau menerima wang tersebut. Malahan mengirim balik wang tersebut. Ibu berkata : "Ibu ada duit"

KEBOHONGAN IBU YANG KETUJUH :
Setelah lulus dari ijazah, aku pun melanjutkan pelajaran untuk buat master dan kemudian memperolehi gelaran master di sebuah

universiti ternama di Amerika berkat sebuah biasiswa di sebuah syarikat swasta.Akhirnya aku pun bekerja di syarikat itu.

Dengan gaji yang lumayan tinggi, aku bermaksud membawa ibuku untuk menikmati hidup di Amerika. Tetapi ibu yang baik hati,

bermaksud tidak mahu menyusahkan anaknya, ia berkata kepadaku : "Ibu tak biasa tinggal negara orang"

KEBOHONGAN IBU YANG KELAPAN :
Setelah memasuki usianya yang tua, ibu terkena penyakit kanser usus,harus dirawat di hospital, aku yang berada jauh di

seberang samudera atlantik terus segera pulang untuk menjenguk ibunda tercinta. Aku melihat ibu yang terbaring lemah di

ranjangnya setelah menjalani pembedahan.Ibu yang kelihatan sangat tua, menatap aku dengan penuh kerinduan. Walaupun senyum

yang tersebar di wajahnya terkesan agak kaku karena sakit yang ditahannya. Terlihat dengan jelas betapa penyakit itu

menjamahi tubuh ibuku sehingga ibuku terlihat lemah dan kurus kering. Aku sambil menatap ibuku sambil berlinang air mata.

Hatiku perit, sakit sekali melihat ibuku dalam keadaan seperti ini. Tetapi ibu dengan tegarnya berkata : "Jangan menangis

anakku, Ibu tidak kesakitan"

Setelah mengucapkan kebohongannya yang kelapan, ibu tercintaku menutup matanya untuk yang terakhir kali. Dari cerita di atas,

saya percaya teman-teman sekalian pasti merasa tersentuh dan ingin sekali mengucapkan : "Terima kasih ibu..!"

Cuba dipikir-pikir teman, sudah berapa lamakah kita tidak menelefon ayah ibu kita? Sudah berapa lamakah kita tidak

menghabiskan waktu kita untuk berbincang dengan ayah ibu kita? Di tengah-tengah aktiviti kita yang padat ini, kita selalu

mempunyai beribu-ribu alasan untuk meninggalkan ayah ibu kita yang kesepian. Kita selalu lupa akan ayah dan ibu yang ada di

rumah.

Jika dibandingkan dengan pasangan kita, kita pasti lebih peduli dengan pasangan kita. Buktinya, kita selalu risau akan khabar

pasangan kita, risau apakah dia sudah makan atau belum, risau apakah dia bahagia bila di samping kita?

Namun, apakah kita semua pernah risaukan khabar dari orangtua kita? Risau apakah orangtua kita sudah makan atau belum? Risau

apakah orangtua kita sudah bahagia atau belum? Apakah ini benar? Kalau ya, cuba kita renungkan kembali lagi...

Di waktu kita masih mempunyai kesempatan untuk membalas budi orang tua kita, lakukanlah yang terbaik. Jangan sampai ada kata

"MENYESAL" di kemudian hari...

Friday, February 13, 2009

"selamat pengantin baru, kawan!"






from kumai with love
tahniah syam..
berkawan la kita selagi diizin-nya.
pada suatu masa, kami pernah ke tempat yang agak tinggi..




tinggi dan sejuk



Friday, January 09, 2009

lagi lagi graviti

nampaknya graviti menulis begitu kuat sekarang. bolehlah meneruskan menaip mengenai graviti. kali terakhir menulis ada soalan yang memerlukan jawapan segera.

sangat segera kerana saya semakin tua. tidak perlu lagi lalui detik-detik yang bakal saya kesali. tak perlu lagi melalui jalan yang sama, kerana sesungguhnya saya telah lama dilalaikan dengan alunan irama duniawi yang mendendangkan lagu wahan.

sesungguhnya graviti sebenar dalam hidup saya sepatutnya adalah islam. betapa saya jauh dengan apa yang saya kata saya peluk itu. terasa hati sayu apabila mengenangkan masa-masa yang saya abaikan graviti yang dari dulu memanggil agak dipeluk semakin erat.

ouh jiwa.. persoalan sekarang; ke mana lepas ini??

Thursday, January 08, 2009

graviti lagi..

ada lagikah yang boleh di tulis mengenai graviti? oh ya, pada dekad dulu ada satu kumpulan rock jiwang bernama 'graviti'. di kala menulis ini, saya masih lagi cuba mengingatkan lagu dari kumpulan tersebut, namun hanya bermain-main dalam kepala hanya lagu dari kumpulan olan.. yang ada bait-bait lirik yang cerita pasal 'salju', 'cinta' dan 'bandar tasik selatan'.. uhh..

sebenarnya perenggan pertama tu cuma nak sedarkan diri sendiri mengenai bahawa pada waktu saya muda-muda dulu, hidup ini amat tertarik dengan muzik. muzik yang kononnya ada manusia yang tidak dapat hidup tanpanya.. tak dapat dinafikan muzik adalah salah satu tumpuan hidup, bolehlah juga dinamakan 'graiti kehidupan'.

dalam hidup ini, banyak perkara yang menarik dan mencuri tumpuan saya, umpama graviti yang menarik saya kearahnya. dan setiap kali graviti terkesan pada diri, pasti akan menarik sekali usia saya yang tinggal beberapa detik itu bersama.

di sini, saya ingin kenangkan kembali dan ingin membuat sempadan/tauldan atas segala yang pernah menjadi graviti kehidupan saya. antara yang dapat disenaraikan; keluarga, perempuan, wang, muzik, permainan video, diploma, penulisan,..... (macam-macam ada!)

lepas sedar diri dengan semua senarai itu, saya telah sampai ke sini dan masa ini. persoalan sekarang; ke mana saya lepas ini??

Wednesday, January 07, 2009

graviti

apa itu graviti? kalau mahu diceritakan jawapan soalan itu secara saintifik, disini bukanlah tempatnya untuk mendapatkan jawapan bagi soalan itu. namun jikalau jawapan yang lansung-tidak-saintifik, bolehlah dikatakan dengan agak selamat bahawa; graviti adalah satu daya tarikan yang dijana oleh bumi kepada semua objek dan makhluk yang berada di permukaannya.

bak kata seorang penyanyi; "graviti sokmo menang". erm, itulah hakikatnya. samaada manusia, kambing, basikal, peti ais, malah najis sekalipun kalah dengan graviti. hebat graviti ni.. hebat hinggakan semua (diulangi; semua) bergantung kepadanya, secara tidak sengaja atau pun tidak.

apa pun, saya sokmo menyukai graviti. graviti adalah cikgu saya yang sokmo mengajar saya, terutamanya apa bila saya berdiri. pada keadaan berdiri, saya sokmo diingatkan bahawa dunia yang kadang-kadang saya kejar ada di bawah tapak kaki saya.

sememangnya begitulah.. tuhan tidak akan zalimi makhluknya. tidak mahu dunia ni diletak kat atas bahu manusia untuk dipikul. diletaknya dibawah tapak kaki agar dunia itu dipijak-pijak sebagai syarat munuju bahagia dunia dan bahagia akhirat.

memanglah 'graviti sokmo menang', tapi saya tak boleh kalah dengan dunia yang saya pijak tu..