Wednesday, February 18, 2009

'un-blog'




assalammualaikum...
dah solat?

apa khabar? terima kasih kerana buat masa untuk melawat malammalam. saya ini adalah jasrul / po rol. :)

kenapa? kenapa saya sudah lama tidak menulis;
'malas' ialah jawapan yang agak betul
'lalai' ialah jawapan yang betul juga
'insaf' ialah jawapan yang tidak salah
'sibuk' ialah jawapan yang terlalu mudah

apa juga jawapannya.. harap dengan ketidakmenulisan saya semua orang semakin bahagia hidupnya. kini, saya mampu tersenyum begitu manis. syukur, ada doa saya yang tuhan makbulkan.. syukur lagi, kemungkinan ada doa yang tuhan tangguh untuk makbulkan. syukur juga atas segala doa yang tuhan tidak makbulkan kerana tuhan memang lebih arif yang membentangkan jalan yang terbaik untuk saya lalui... kehidupan memanglah cantik.

dikala menulis ini, si isteri sedang melipat kain. begitu tinggi tumpuannya. mungkin juga memikirkan si suami yang asyik dihadapan komputer, tanpa ambil peduli untuk menolong melipat kain. hehehe.. sesungguhnya memang bertuah dijodohkan dengan isteri yang rajin, dan juga pandai memasak. oo ouh.. perut ini sudak semakin maju kehadapan! sayam, i love u lah..

saya dapat berada depan komputer , dan si isteri dapat melipat kain. maka ternyatalah si anak sedang tidur. puteri sulong itu agak aktif kini. badannya semakin susut setelah 'dapat kaki'. langkah semakin panjang juga bermakna ujian tahap kesabaran si isteri semakin mencabar. terima kasih sayam! sayam jaga hanan dengan cemarlang lah... *muah*

dalam menjalankan tanggungjawap sebagai suami dan ayahenda, sentiasa kena saya ingatkan diri bahawa selapas kecintaan kepada allah dan rasullulah, kecintaan saya pada seorang perempuan bernama mak tidak boleh diabaikan. tapak kakinya adalah syurga..

lain-lain perkara, mungkin boleh dibaca dalam gambar.

kini tiba masa untuk 'un-blog'...

1 comment:

Jorji said...

terimakasih kerana melawat LKNY.
yup. PILLS.

:)