Monday, March 02, 2009

gencatan 'senjata'



"masa untuk gancatan senjata!"

itu yang saya katakan kepada seorang rakan sekerja, mewakili perubahan yang saya buat. perubahan dimana saya telah membuang aktiviti permainan video yang agak sekian lama saya 'terjerumus'.

sebenarnya 'gencatan senjata' telah beberapa kali dilakukan, namun telah di cabuli dengan 'jayanya'. cuma kali ini perkembangan 'gencatan senjata' akan dicatatkan disini sebagai satu lagi lapisan pelindung untuk melindungi segala gencatan tidak dicabuli.

mungkin istilah permainan video sebagai senjata adalah perumpamaan yang agak tidak sesuai pada mulanya. namun untuk menguatkan lagi keazaman, terpaksa menggunakan istilah terlampau untuk memberi kesan yang terlampau.

disini saya ingin mengecam permainan video sebagai senjata pemusnah yang memusnah masa-masa emas saya. senjata yang dicipta oleh penjahat yang ingin memusnahkan kualiti insan yang patut saya asah untuk menjadi 'orang berguna'.

semoga saya didoakan senjata sentiasa digencat. baca buku lah woit!

No comments: