Wednesday, January 07, 2009

graviti

apa itu graviti? kalau mahu diceritakan jawapan soalan itu secara saintifik, disini bukanlah tempatnya untuk mendapatkan jawapan bagi soalan itu. namun jikalau jawapan yang lansung-tidak-saintifik, bolehlah dikatakan dengan agak selamat bahawa; graviti adalah satu daya tarikan yang dijana oleh bumi kepada semua objek dan makhluk yang berada di permukaannya.

bak kata seorang penyanyi; "graviti sokmo menang". erm, itulah hakikatnya. samaada manusia, kambing, basikal, peti ais, malah najis sekalipun kalah dengan graviti. hebat graviti ni.. hebat hinggakan semua (diulangi; semua) bergantung kepadanya, secara tidak sengaja atau pun tidak.

apa pun, saya sokmo menyukai graviti. graviti adalah cikgu saya yang sokmo mengajar saya, terutamanya apa bila saya berdiri. pada keadaan berdiri, saya sokmo diingatkan bahawa dunia yang kadang-kadang saya kejar ada di bawah tapak kaki saya.

sememangnya begitulah.. tuhan tidak akan zalimi makhluknya. tidak mahu dunia ni diletak kat atas bahu manusia untuk dipikul. diletaknya dibawah tapak kaki agar dunia itu dipijak-pijak sebagai syarat munuju bahagia dunia dan bahagia akhirat.

memanglah 'graviti sokmo menang', tapi saya tak boleh kalah dengan dunia yang saya pijak tu..

No comments: