Thursday, January 08, 2009

graviti lagi..

ada lagikah yang boleh di tulis mengenai graviti? oh ya, pada dekad dulu ada satu kumpulan rock jiwang bernama 'graviti'. di kala menulis ini, saya masih lagi cuba mengingatkan lagu dari kumpulan tersebut, namun hanya bermain-main dalam kepala hanya lagu dari kumpulan olan.. yang ada bait-bait lirik yang cerita pasal 'salju', 'cinta' dan 'bandar tasik selatan'.. uhh..

sebenarnya perenggan pertama tu cuma nak sedarkan diri sendiri mengenai bahawa pada waktu saya muda-muda dulu, hidup ini amat tertarik dengan muzik. muzik yang kononnya ada manusia yang tidak dapat hidup tanpanya.. tak dapat dinafikan muzik adalah salah satu tumpuan hidup, bolehlah juga dinamakan 'graiti kehidupan'.

dalam hidup ini, banyak perkara yang menarik dan mencuri tumpuan saya, umpama graviti yang menarik saya kearahnya. dan setiap kali graviti terkesan pada diri, pasti akan menarik sekali usia saya yang tinggal beberapa detik itu bersama.

di sini, saya ingin kenangkan kembali dan ingin membuat sempadan/tauldan atas segala yang pernah menjadi graviti kehidupan saya. antara yang dapat disenaraikan; keluarga, perempuan, wang, muzik, permainan video, diploma, penulisan,..... (macam-macam ada!)

lepas sedar diri dengan semua senarai itu, saya telah sampai ke sini dan masa ini. persoalan sekarang; ke mana saya lepas ini??

No comments: