
menambah pengalaman
hujung minggu lepas saya menghabiskan masa bersama isteri tersayang di lokasi-lokasi yang saya amat biasa; dari kampung new zealand ke kampung batu hitam. pastinya saya adalah suami yang paling gembira dapat lagi menatap wajah isteri tersayang, merasa kembali jari-jemari terisi dengan sentuhan kasih sayang.
sesungguhnya, tidak kenal maka tidak cinta. maka dengan unkapan itu dapatlah saya kaitkan dengan pengalaman peribadi saya, bahawa apabila semakin kenal, maka semakin cinta. saya sentisa percaya yang proses berkenalan, dan proses bercinta itu adalah proses yang tidak berhenti.
malam pertama sampai ke kampung batu hitam diisi dengan acara berjalan-di-pantai-di-bawah-cahaya-bulan. sungguh romantik. belaian angin sepoi, dan nyanyian ombak malam itu cukup menggembirakan isteri saya. ouh, tidak lupa juadah ayam bakar, bersama air sirap. sedap!
yang paling menggembirakan apabila dapat solat berjemaah. terus terang saya katakan saya rasa agak keanehan semasa menjadi imam solat bersama isteri. namun sesungguhnya sememangnya satu pengalaman baru yang saya perlu tempuhi. dan lama kelamaan sudah agak terbiasa. kedudukan semasa solat itu pastinya saya paling depan, namun mengetahui saya ada sokongan yang kuat dari belakang menjadikan saya begitu yakin dan bersemangat. lebih bersemangat apabila selesai solat, tangan dikucup, dan saya pula mengucup dahi isteri. amin... :-)
masakan seseorang hamba allah itu diberi nikmat tanpa diuji. masuk hari ke-3 isteri tersayang jatuh demam. mak kata mungkin disebabkan lepak kat pantai. apa juga puncanya, yang pasti kekasih yang demam perlu diubati agar hati ini kembali menjadi aman.
apabila tiba kesakitan ini, barulah teringat nilai kesihatan. ternyata pelajaran dalam menjaga isteri demam amat berharga. bukan la sesuatu yang menggembirakan apabila isteri demam, namun sedikit pengalaman menguruskan isteri demam sesuatu yang amat berharga.
syukur, selepas pergi ke klinik dia semakin pulih dan mampu untuk senyum kembali. dan pastilah saya orang yang paling bersyukur dan gembira. hoorey~!
okey lah.. berhenti dulu.. lain kali sambung. daa~
:)
No comments:
Post a Comment