
rasanya
pagi ni saya bangun dengan rasa agak kelainan. hari ini hari jumaat. hari yang akan diusahakan untuk berjumpa isteri tersayang yang amat dirindui. bagitulah kahidupan saya sekarang. antara 'graviti' yang kuat menarik tumpuan hidup saya adalah isteri saya. sebahagian dari diri saya, yang melengkapkan 'unit manusia'; suami-isteri.
pagi ini sarapan saya agak aneh, memakan 'makanan budak-budak' bernama mamee.. bukanlah sarapan yang menyihatkan, namun ternyata dalam diri saya ada seorang kanak-kanak yang begitu riang. riang gembira yang lansung tidak memikirkan hal ehwal kesibukan dunia.
sesungguhnya banyak 'graviti' yang menarik tumpuan kehidupan saya, dari jiwa kanak-kanak, sehinggalah tanggungjawap sebagai seorang anak, & suami.. namun sekuat mana tarikan 'graviti' tersebut, saya akan usaha sekuat mungkin untuk mengemudi tarikan itu ke satu sahaja arah idaman: kebahagiaan dunia dan akhirat.
No comments:
Post a Comment