Thursday, May 11, 2006










kitaorang dah sampai!

kehidupan ini akan sentiasa berubah..mahu ataupun tidak! masakan ada kuasa menahan masa. malah, masa itulah 'teman' yang setia dikala senang mahupun susah.

masa juga meneman saya melangkah dari alam bujang ke alam rumahtangga. yup, saya dan isteri saya dah sampai. kitaorang dah sampai! :-)

berita pernikahan ini mengejutkan ramai kawan-kawan dan saudara mara. bukan berniat untuk membelakangi sesiapa, namun apa juga perasaan mereka yang menerima berita pernikahan saya ini..saya harapkan semoga berita ini diterima dengan gembira dengan doa agar saya dan isteri menjadi pasangan bahagia dunia dan akhirat.

apa pun, acara makan-makan akan diadakan di rumah isteri dan rumah saya pada bulan ogos 2006. cuma saya dan isteri setuju bersama untuk mendahulukan acara akad nikah lebih awal agar memberi peluang kepada kami suami-isteri untuk lebih mengenali, lebih mencintai. malah, kami dah boleh 'dating'! :p

pada bulan ogos nanti (tarikh yang akan ditetapkan kemudian), saya harap kawan-kawan & saudara mara semua akan hadir ke acara makan-makan dirumah keluarga kami.. datang tau!

maaf, agak kesuntukan masa untuk menceritakan kisah percintaan saya dengan isteri saya. malah saya sentiasa rasakan kisah cinta sentiasa berterusan, dan bertambah dalam perjalanan hidup sementara namun tetap yang diberi amanah yang dipersoalkan pada alam yang kekal nanti.

untuk tatapan mata, disertakan gambar yang agak 'jiwang'. semasa mula-mula berkenalan , saya pernah hantarkan gambar dipantai dengan tulisan diatas pasir 'wish you were here' (tajuk lagu pink floyd). namun baru-baru ini, kami talah datang ke pantai dengan 'pangkat' suami-isteri. meninggalkan kesan tapak kaki, bukti kami telah sampai ke pantai.. "we are here" *bersyukurnya*.

No comments: