Sunday, October 31, 2004

rumah tak bernombor,
jalan depan kubur,
lorong rumah penghulu,
26100 beserah, kuantan.

-surat tidak bertarikh-

assalammualaikum afiz,

apa khabar? harapnya awak sokmo dalam keadaan sihat disamping orang-orang yang awak sayang. saya kat sini okey je kot.. dah macam lama sangat tak tulis kat awak terutamanya apabila saya bekerja di luar negeri. mungkin ada perkara yang jauh lebih utama yang berlu kita buat dari 'membuang masa' menulis pada sesama sendiri. pentingkan yang penting,kan..
:)

terima kasih kerana tegur saya hari tu. saya bebetul tak perasan awak ada masa tu. tak sangka dapat jumpa awak lagi. lebih tak sangka saya ditegur oleh awak, sedangkan rasanya saya dah masuk dalam senarai 'orang-yang-dibosani' (penggunaan bahasa yang tercemar).
:p

erm, gambar yang 'cantik' awak tunjuk hari tu! seri wajah awak kelihatan agam malap, uoh..mungkin kerana penggunaan kamera yang tak de flash. dannn.... gambar tu juga menunjukkan awak begitu mesra dengan kekasih awak tu. arghh.. *kecewa*
:[

janganlah terlalu mesra, okey..bukan masanya lagi untuk semesra itu. kan belum nikah lagi. er, rasanya dulu perbincangan teori bercinta agak jelas,kan. simpanlah kemesraan itu apabila menjadi unit manusia yang lengkap. saya pun pernah bercerita kenakalan manusia atas nama 'cinta' dengan harapan awak takkan lalui jalan yang sama.
:o

rasanya dulu saya dah bleh 'lepaskan' awak ke dunia bercinta kerana yakin awak akan bercinta dengan baik, boleh memilih orang yang akan menjaga, dan sayang awak dengan lebih baik dari saya.
:|

afiz, awak tau mengapa saya membebel ni? rasa sayang kepada kenalan tetap tebal! dan atas nama sayang (dan mungkin juga ada cemburu!) itu saya rasa sangat bersalah kerana biarkan sesuatu yang tak baik berlaku kat awak. sekurang-kurangnya saya pernah mendapat label 'kawan' awak. adakah saya telah gagal menjadi seorang kawan?
:(

apa pun, saya berdoa kepada tuhan agar awak sokmo bahagia dan diberi perlindungan pada setiap langkah yang awak lalui. dan tak lupa agar awak dikurniakan isteri yang solehah untuk menemani hari-hari tua awak..
;)

rasanya saya dah tulis apa yang saya nak tulis. dah luah hampir semua dalam kepala otak ni. surat ni memang bertujuan untuk awak merasa 'pedas'. agar awak perasan yang cinta itu perlu awak kawal, dan bukannya cinta itu mengawal awak. kalau awak tak merasa 'pedas', ternyata surat ini bukanlah untuk awak. awak dah membaca surat orang lain.. sila rasa malu ye!
:D

akhir kata, tolong jangan menjadi terlalu baik untuk menjadi terlalu kejam! sampai jumpa lagi.. wassalam. daa~!

-g-

p/s: sampaikan salam saya kepada mak awak.. :}

No comments: