ko-lum-po
(kuala lumpur)
[bahagian tengah]
destinasi kedua; jalan petaling.
walaupun dalam keadaan hujan renyai, tubuh saya dah sampai ke jalan petaling namun, hati dan kepala saya ingin kembali ke pasar seni.
jalan petaling boleh dikatakan seperti biasa; ramai dengan orang. aktiviti jual beli sungguh aktif disini. tidak terasa hujan sebab di sini sudah ada bumbung yang melindungi sepanjang jalan petaling. mungkin kerajaan tempatan sudah mengiktiraf aktiviti perniagaan disini sehingga memberi keselesaan kepada penjual dan pembeli di sini.
dan seperti biasa juga.. saya dilemparkan skrip bisikan yang kurang selesa seperti: "blue mau ka?", "blue..blue..blue", "bang ni ada crita baru", "melayu ada, jepun ada...", & bermacam variasi kata-kata promosi yang membawa mesej penjualan cerita video lucah. persoalan yang saya persoalkan; mengapa dia mempromosi kepada saya? adakah saya membawa perwatakan yang menginginkan cerita video lucah? atau para penjual mempromosi kepada semua yang lalu dihadapan mereka..? memang misteri!
dalam sibuk melarikan diri dari penjual cerita video lucah, saya membelek-belek cekera audio. mengisi masa sambil kawan-kawan lain melihat dan menawar harga cerita video cetak rompak. dalam saya membelek-belek, terserempak dengan album baru bjork-medulla. bjork adalah antara artis perempuan aneh yang digemari. uhhuuu... best! tanpa berfikir panjang lebar, saya membeli dengan harga rm8.00. lalallala.. *seronok*
selesai membeli, saya dapati kawan-kawan saya dah hilang dari pandangan! memang ini adalah peluang yang baik untuk saya kembali ke pasar seni. saya menghantar sms kepada kawan-kawan dan mengatakan tempat berkumpul selelah selesai urusan di jalan petaling adalah di pasar seni. saya sekali lagi mengharungi hujan renyai-renyai menuju ke pasar seni.
lansung ke adeputra melukis.. namun sampai sahaja ke situ keadaan dah aman. terlalu aman. seorang pun tak de. cuma tinggal hasil karya yang tergantung dan yang disandarkan pada dinding. saya fikir saya dah terlepas berjumpa dengan adeputra.
sambil menunggu kawan yang lain, saya menikmati apa yang ada ditinggalkan oleh adeputra. kali ini menghayati dengan lebih mendalam dengan harapan dapat memberi inspirasi.
tiba-tiba adeputra datang! dia berjalan ke arah saya. saya senyum kepadanya, dia senyum kembali. arghh... (seperti bertemu seorang awek~). terasa ingin menegur dia, namun saya merasakan terlalu banyak 'nikmat' saya rasa hari ini. dapat berjalan ke sini, lihat hasil terkini adeputra, beli bjork, dan macam-macam yang berlaku disini. dah jadi kelu..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment