ko-lum-po
(kuala lumpur)
[bahagian hujung]
erm... saya perlu duduk. masuk ke dalam kedai mamak dan pesan satu teh tarik. rindu pula kepada 'teh dangdut' zaini kat genting sempah. sudah sampai masa untuk ke sana. kembali kepada rutin harian. tidur awal, dan mulakan hari dengan solat subuh serta doakan kebahagiaan bekerja di lebuhraya.
malam itu perjalanan pulang dirasakan agak puas, namun sedikit risau. puas kerana tak sangka kunjungan saya ke kuala lumpur telah memenuhi beberapa cita-cita. sedikit risau kerana senyuman kebanyakan warga sana agak mahal. ditambah dengan saya dipertontonkan dengan cara hidup segelintir manusia di ibu kota yang luar kawalan. dan pasti risau itu bertambah apabila mengenangkan kenalan yang tinggal di sekitar ibu kota. saya berdoa agar kenalan saya dilindungi dari perkara yang tidak sihat. bagi yang saya tidak kenal, ada juga doa untuk mereka;semoga diberi kekuatan iman untuk mengikuti suruhan tuhan dan kekuatan iman untuk meninggalkan apa yang dilarang.
kawan-kawan saya tinggalkan saya di pejabat. kenderaan ditinggalkan di situ. terus ke surau kerana masih belum solat isya'. selepas solat, mengaji sikit.
selepas itu, saya dapati ada satu perasaan yang tidak selesa dalam hati. saya ambil telefon dan mendail nombor seseorang. seorang yang punyai suara yang mesra. kami berbual dan berbual. saya patut giatkan belajar untuk berkongsi masalah. didapati apabila masalah diluahkan terasa lebih selesa walaupun masalah tidak diselesaikan. tak perlu dilayan sangat jasrul yang ego itu!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment