Sunday, May 16, 2004

meninggalkan kampung kelahiran

sebelum pindah, hari ini agak menarik untuk diingati.. semalam mak telefon, katanya jangan tinggal sembahyang. pesanan utama dari emak kepada anak. terima kasih mak.. :)

hari ini saya dan kawan main guli, ha pergi ke pekan sehari kat bandar maran. saya mmg ada pertemuan istimewa dengan sh.. eheh.. ajak la ha sekali. untuk kenalkan sh dengan kawan saya. merasakan adil kerana saya telah bertemu dengan tidak sengaja dengan hampir seluruh ahli keluarganya. dari kakak sulungnya (rupa-rupanya kakak sulung sh ni pernah berbasikal bersama saya dan kakak saya utk ke sekolah!), abang iparnya, anak-anak buahnya, abangnya, kakaknya no 3, dan malah mak dia pun (dia katakan yang saya ni tak macam rupa ayah saya).huhu... :p

tadi sh dengan anak saudara sulungnya, ain.. mmg menarik sekali! ain mengingatkan saya kat amy dan hani! 2 'awek' yang akan sangat dirindui. sh pun akan dirindui. dan sh juga memberikan saya hadiah yang agak tak tersangka oleh saya. hadiah yang istimewa. *senyum* membuat masa utk masing-masing adalah sesuatu yang tak dapat diceritakan dengan kata-kata. yang pastu, saya dan sh disitu, bersama-sama (er.. bersama ain juga). :/

balik pekan sehari saya dan ha berkelah sekejap kat rumah saya. kemudian hantar ha ke rumahnya. ha sempat memberi pantun;
"makan nasi lemak di kampung baru,
selamat bertugas di tempat baru."


maran.. saya jalan dulu. genting sempah.. saya datang! :)

No comments: