saya @ penapis
anak saudara saya yang ke-2, hani, baru-baru ini dihantar ke sekolah / pusat jagaan kanak-kanak. ini kerana mama dan papanya bekerja.. kakak hani, amy pun dihantar ke pusat jagaan yang sama. bagus juga, lagipun dapatlah mereka membiasakan diri dengan persekitaran persekolahan. nanti tak la macam saya, kena emak tunggu masa mula-mula2 masuk sekolah dulu. :p
namun, baru-baru ini diceritakan oleh emak saya sesuatu yang agak menarik. si hani tu dah 'pandai' gunakan perkataan yang amat jarang sekali digunakan di rumah, iaitu perkataan 'bodo'. disyaki 'ilmu' berkata-kata itu diperolehi dari kawan-kawan di sekolahnya.
saya agak terkejut dan sedikit kecewa mendengar berita tersebut. tetapi, kena juga melihat dari sudut positif juga,kan! hani juga mula menyebut-nyebut "a-b-c.." dan "1-2-3.." dengan sebutan yang aneh dan comel. sekurang-kurangnya dia juga belajar perkara-perkara yang baik. dan saya patut bergembira kerana itu. :)
apa pun, saya sebagai 'pok rol' akan menjalankan tanggungjawap dengan meransang anak-anak buah saya dengan ilmu-ilmu yang baik dan memboikot perkara buruk mendekati mereka. berguna juga saya ni sebagai bapak saudara. (uhh.. pangkat 'bapak saudara' mmg melambangkan saya ni dah tua. uhukk..uhukk...!)
saya sentiasa percaya yang 'saya @ penapis' (saya adalah penapis). saya hidup di persekitaran yang yang penuh dengan bermacam-macam elemen. terdedah dan terbuka kepada unsur-unsur positif dan negetif. nilai yang mengikut dan bercanggah dengan agama. semuanya boleh mempengaruhi nilai hidup saya, malam kesan daripada unsur-unsur tersebut kepada saya boleh juga mempengaruhi nilai orang-orang disekeliling saya.
saya tak bimbang mengenai unsur-unsur positif yang saya hadapi. saya akan sentiasa menerima dengan radha dan jika ada kesenangan, saya akan menyebarkan kapada orang lain.
perkara yang perlu diambil peduli adalah perkara-perkara yang negetif. banyak budaya negetif yang telah lama wujud dan ada juga pembudayaan negetif yang baru pun ada. dari segi berkata-kata, (mencarut, maki hamun, mengumpat, dll) dan perbuatan (buli, baran, bergurau melampau, dll). disinilah pentingnya saya 'menjelmakan' diri sebagai 'penapis'. menerima semua unsur-unsur yang datang dan memastikan unsur-unsur berakhir di dalam diri saya. menemui noktah dalam diri saya. saya pilih untuk tidak mempromosi mana-mana unsur negetif. saya pasti itulah pilihan yang bijak. bijak.. bijak... :D
erm.. kemana agaknya hasil 'penapisan' tu pergi ek..? mungkin akan hilang semasa aktiviti dalam jamban! hohoho..!! eeeiiyeekk.. *tutup hidung* :p
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment