Saturday, July 03, 2004

-iklan mula-

adalah ini dimaklumkan kepada semua kaum lelaki muslim.. tolong betulkan cara pemakaian kain pelikat anda..!

kebimbangan utama bukanlah kebimbangan kain pelikat itu akan terlondeh dan mendedahkan sesuatu yang tak patut didedahkan. tetapi adalah kebimbangan pemakaian kain pelikat yang akan menjadikan anda sebagai 'model-tidak-bergaji' jenama kain pelikat.

diminta kerjasama anda semua agar tidak memakai dengan menunjukkan label / jenama kain pelikat anda. lansung tak penting menunjukkan jenama kain pelikat itu.

iklan ini ditaja khas oleh seorang yang mungkin terganggu solat dibelakang anda kerana membaca jenama kain pelikat.

-iklan tamat-

No comments: