Wednesday, March 23, 2005

satu unit manusia yang sempurna :
rohaizi & pasangan

saya ingin mengucapkan tahniah kepada kawan saya, rohaizi (atau rohezi atau besor) & isterinya (dikala ini, saya terlupa nama isteri rohaizi.. maaf!) atas menaikkan pangkat insan kepada pangkat 'suami&isteri' pada 11.02.2005, bersamaan hari jumaat. semoga dengan menjadi 'unit manusia yang sempurna' ini, melimpahkan bahagia kepada semua. macam 'biasa' lah, semoga dikurniakan zuriat yang soleh/solehah. dengan rasa tak malunya, saya tumpang gembira~ (nota: perenggan ini dikitarsemula) :-p

sekali lagi saya berpeluang ke rumah rohezi. kali ini untuk satu acara yang sangat menggembirakan, perkahwinan. teringat kali pertama pertama berkunjung ke rumah rohezi semasa sekolah menengah dulu. mula-mula memang mengelirukan juga apa apabila mendapati rohezi ada 2 emak. rupa-rupanya nenek pun dia panggil emak.

apa pun, acara malam itu sepatutnya saya dan beberapa orang kawan pergi bersama-sama (nama dirahsiakan). namun akhirnya saya pergi berseorangan setelah sekian waktu menunggu kawan di tepi sungai kuantan. mereka tinggalkan saya dengan sms; "NATAM, AKU KT UMAH BESOR". kawan-kawan bertuah! *menjeling*

sampai umah rohezi, saya terus salam dengan pengantin. ingat nak terus ke acara makan, tapi hujan turun dengan bergaya sekali. saya pun masuk dalam rumah dulu & sembang dengan pengantin, dan kawan-kawan lama; bak rong, jeh, farooq, dan awie kerb. rohezi kelihatan kurang sihat. dikatakan mungkin kena denggi, namun masih mampu tersenyum dengan segak. hebat!

kisah cinta pengantin ini begitu menarik. dengan jarak yang begitu jauh, dan latar belakang budaya yang begitu berbeza, mereka bersatu.

oleh kerana semua kawan-kawan yang hadir adalah bujang. soalan cepu-mas; "mu bila lagi?" menggegarkan pemikiran untuk menjawap. nasib baik kebanyakkan lelaki (termasuk saya) begitu bertuah dikurniakan akal dan bakat untuk mengelak soalan peribadi seperti begitu. mungkin lelaki 'disumpah' untuk menyimpan soal peribadi sendirian. harapnya 'sumpahan' tersebut akan hilang untuk seseorang yang istimewa nanti.

malam itu diisi dengan makan dan bersembang dengan pengantin. rasanya bertuah kerana pengantin menghabiskan masa bersama-sama kumpulan bujang rakan sekolah.

tahniah rohezi dan isteri!

No comments: