Wednesday, March 23, 2005

kemudahan yang hilang

pendrive 128mb saya telah hilang. ada beberapa penulisan yang belum sempat dimasukkan dalam 'malam'. ini kerana di tempat tinggal saya tiada kemudahan internet. saya kena menulis di rumah, kemudia baru ke tempat perkhidmatan internet untuk memasukkan penulisan dalam 'malam'.

kemudahan tersebut adalah pemberian kakak yang tersayang. terasa bersalah pula menghilangkan pemberian orang. nampak sangat seperti tidak mahir menjaga pemberian orang. apa pun, tiada sesiapa yang patut disalahkan kecuali saya.

mungkin patut bersedih kehilangan kemudahan. namun kesusahan yang dialami setelah kehilangan serba sedikit mengajar untuk menghargai kemudahan walaupun sebesar jari kelingking.

harapnya dengan 'cobaan' ini saya saya kurniaan kesabaran dan ketenangan. masalah kehilangan pendrive pasti tidak menghalang untuk menghidupkan 'malam'.
:-)

"kejayaan tidak boleh diukur dengan kedudukan yang telah dicapai, tetapi hendaklah melihat halangan-halangan yuan ditempuhinya untuk mendaki kejayaan itu"

No comments: