bunuh diri
saya baru dapat panggilan dari seorang kawan perempuan. ops! bukan kawan.. dia dah buang pemberian persahabatan saya ke dalam longkang.. itu nilai 'kawan' bagi dia. sesuatu yang layak bersama-sama dengan najis, air sisa, dan tikus yang boleh membesar sebesar kucing. memang ayat-ayat yang agak melampau, namun bak kata pepatah; "berat mata memandang, berat lagi bahu memikul". secara praktikalnya, saya memikul makna perkataan-perkataan yang baru di tulis ini. jadi untuk tidak mengelirukan, adalah lebih tepat.. saya beru terima panggilan dari seorang perempuan yang saya tahu namanya tapi saya bukan kawan dia. :(
perbualan kami sekejap, tetapi ada makna kehidupan yang saya perlu nilai semula. lansung membawa saya ke depan komputer untuk mencurah rasa tidak puas hati atas apa yang berlaku. ada beberapa tujuan panggilan;
1.memberitahu yang dia nak memulakan aktiviti berlumba motorsikal.
2.meminta maaf.
3.dia mungkin terbunuh dalam perlumbaan itu.
4.dia berlumba kerana rasa sayang. sayang yang tak terbalas.
dia tidak benarkan saya berkata apa-apa selagi dia belum selesai bicara. selesai sahaja dia bicara, saya tanya dia satu soalan; "bunuh diri tu dosa besar,kan?". pertanyaan saya dalam keadaan agak sedikit marah, sedikit kecewa, dan banyak rasa mengharap dia berhenti apa sahaja perkara yang membahayakan.
namun, saya rasakan 'pangkat' saya belum cukup kuat untuk menggerakkan hatinya. dia tetap dengan keputusannya. sebelum akhiri panggilan, dia ucapkan "jaga diri" kepada saya. rasa agak terhina ucapan itu dari seorang yang 'pandai-jaga-diri'. rasa terhina dan amat mengecewakan..
mungkin saya boleh teruskan menaip kata-kata marah, tatapi saya tahu usaha itu tidak akan membawa saya ke tempat yang lebih baik. jadinya, seperti biasa saya akan maafkan dia.
sekali lagi cinta memainkan peranan 'menggerakkan dunia manusia'. kali ini kuasa cinta yang begitu membutakan sehingga jalan yang dibentangkan tuhan menjadi sesuatu yang sangat asing. berhati-hatilah dengan cinta, jasrul izwan! jika tidak dikawal, boleh menjerumuskan diri ke aktiviti hina seperti bunuh diri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment