bala?
baru-baru ini gempa bumi telah menggempakan dunia dengan mangsa korban yang sangat besar. terdengar ditelinga saya bahawa itu adalah tanda hari kiamat dah semakin hampir. disini saya ingin berkongsi sesuatu yang saya petik dari buku "40 hadis peristiwa akhir zaman".
daripada ali bin abi thalib r.a. rasulullah s.a.w bersabda;
"apabila umatku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka, iaitu:
01. apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu.
02. apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.
03. zakat dijadikan hutang.
04. anak derhaka kepada ibunya,
05. tetapi taat kepada isteri.
06. anak hilang rasa hormat kepada ayah,
07. tetapi berbaik-baik dengan kawan-kawan.
08. suara (bicara soal sia-sia) ditinggikan dalam masjid.
09. yang menjadi ketua sesuatu kaum adalah orang yang paling terhina di antara mereka.
10. seseorang akan 'dimuliakan' kerana ditakuti kejahatannya.
11. khamar (arak) diminum di merata tempat.
12. kain sutera banyak dipakai oleh lelaki.
13. artis disanjung-sanjung.
14. muzik yang melalaikan banyak diperdengarkan.
15. generasi sekarang melaknati (menyalahkan) generasi sebelumnya.
maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah, atau gempa bumi, atau pun mereka akan diroboh menjadi makhluk lain."
hadis riwayat tirmizi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment