Sunday, October 03, 2004

sepohon hubungan

saya mahu hubungan saya dengan awak ni seperti sepohon pokok yang hebat. setiap hari semakin membesar dan meninggi.

pokok yang hebat akan punyai dahan yang rimbun agar persekitaran pokok itu sentiasa redup dan setiap darinya mewakili perasaan antara kita; marah, sedih, gembira, merajuk, pujuk, masalah,sayang, geram, dan semua atas nama interaksi antara kita berdua. semua dikongsi pada pokok yang sama.

pokok yang hebat bukan sahaja kelihatan besar dan tinggi, malah akarnya juga semakin mendalam dan kuat mencengkam bumi yang nyata. hati kita semakin hampir setiap kali berkomunikasi, dan setiap kali menjadi lebih terbuka.

pada suatu hari yang indah, dengan izin tuhan, hati kita akan bercantum dan kita memulakan kehidupan yang cantik sebagai unit insan yang lengkap; suami-isteri.

No comments: