Sunday, October 31, 2004

ko-lum-po
(kuala lumpur)
[bahagian pangkal]

-30sept-
-16syaaban-

selepas kerja, 2 orang kawan mengajak ke kuala lumpur. dikatakan kehidupan malam di genting sempah dan janda baik agak membosankan. terutamanya apabila baru mendapat gaji yang diusahakan sebulan.

bertolak agak awal kerana saya mahu berbuka puasa dulu. berpuasa sempena nisfu syaaban. puasa yang menandakan kedatangan bulan yang penuh rahmat; ramadhan. memang satu kegembiraan bila berbuka bagi yang berpuasa, saya lebih gembira bila berbuka kerana tahu seorang lagi kenalan yang jauh dimata juga berpuasa dan berbuka bersama-sama. mungkin mak pun berpuasa sama, lupa pulak nak tanya.

menu berbuka; kismis + kafe ais. tak selera nak makan sgt mengenangkan tanggungjawab solat yang belum ditunaikan dan lokasi yang bakal dituju.

selesai solat, terus memandu kenderaan kepunyaan syarikat ke destinasi yang dicita-citakan; kolumpooo!!! *menjerit*

dalam perjalanan, ternampak satu bangunan yang belum pernah dijejaki, tetapi selalu nampak dalam tv; masjid negara. memang cantik dengan cahaya yang begitu meriah. malam ni malam jumaat, mungkin ramai sedang meraikan permulaan hari jumaat dengan solat berjemaah dan membaca surah yasin beramai-ramai. masjid yang cantik. erm,kena masukkan dalam senarai cita-cita nih.. 'menjejakkan kaki ke masjid negara dan menunaikan solat'.

destinasi pertama; pasar seni.
salah seorang kawan saya ada keperluan penting yang perlu dibuat apabila sampai ke situ. 'menjambankan diri'. mungkin dia mahu meninggalkan 'kenangan' di tempat yang penuh kesenian dengan meninggalkan 'hasil seninya'. *tutup hidung*

sambil menunggu, saya dan kawan saya seorang lagi merayaukan diri sekitar pasar seni. kawan saya memilih untuk mencari cincin. dan saya dapati diri saya berada di kedai mamak yang agak popular di sini. saya memanjangkan leher untuk menjengok kalau-kalau ada wajah yang dikenali dalam kedai mamak itu. ternampak beberapa wajah artis rakaman. ada seorang kenalan yang dikenali; weng. dah lama tak jumpa weng. kali terakhir pun beberapa tahun yang lalu semasa dia balik dari bangkok. orang berniaga yang merantau jauh. ingat nak tegur dia, tapi keadaan meja makan dia agak meriah dengan kawan-kawannya. mungkin tunggu sebentar untuk meja dia reda.

urusan di jamban masih belum selesai, dan masih belum boleh untuk menegur kenalan. kena tunggu. teringat kata-kata mengenai 'tunggu' dari seorang org tua di kampung semasa menunggu bas yang lambat;
"dalam dunia ni, ada 3 benda aku tak suka; menunggu, mencari, meminta"
tak tahu mengapa kata-kata itu saya ingat sampai sekarang walaupun dah lebih 5 tahun saya dengar.. mungkin juga dalam tak sedar, saya setuju dengan katanya.

sambil menunggu, perhatian saya tertarik kepada aktiviti melukis di satu lorong sebelah kedai mamak tu. saya pun berjalan ke situ dengan perlahan-lahan sambil memerhatikan hasil seni yang terpamer. sedang saya sepintas lalu memerhati, saya terjumpa tandatangan pada lukisan: 'a d e p u t r a'. saya mengagak yang adeputra menumpang meletakkan lukisan dia di sini. saya bukanlah peminat nombor satu lukisan adeputra, tetapi lebih kepada meminati penulisan dia. saya pernah membaca buku dia mengenai 'kutu lepak'. malah dia adalah antara ramai penulis yang menjadi inspirasi untuk saya menulis. mesej sebenar dari dia dalam buku tu tak la saya tau, tetapi yang saya dapat dari bukunya; meraikan diri sendiri. dalam buku tu saya merasakan dia begitu berbangga meraikan diri sendiri. saya pun mahu meraikan diri sendiri. saya taknak jadi adeputra, saya nak jadi saya.

sedang saya cuba memahami lukisan, ada seorang berbaju hitam sedang melukis atas lantai. mungkin dia kawan adeputra. untung-untung dia boleh kenalkan saya dengan adeputra. tapi tak baik mengganggu orang sedang berkarya.

tiba-tiba lukisan yang saya sedang tonton mengingatkan kepada seorang lagi pelukis. dulu saya peminat no 1 lukisan dia. memang agak mirip lukisan abstrak dia. kalau dia ada di sini, pasti dia suka melihat lukisan yang sebegini rupa.

beberapa ketika kemudian, kawan-kawan saya dah selesaikan urusan masing-masing dan mengajak ke destinasi seterusnya. dalam usaha meninggalkan tempat itu saya mengambil sehelai risalah mengenai lukisan yang dipamerkan di sebelah kedai mamak tadi. 'along the 30 days - solo art exhibition & demonstration by adeputra at central market'. adeputra!! mamat yang melukis atas lantai tadi adeputra!

saya ingin berjumpa adeputra tetapi terikat dengan janji untuk dan berjalan kaki ke destinasi berikutnya. usaha pasti dilakukan agar lawatan ke destinasi tu menjadi singkat dan memberi laluan untuk kembali menjenguk adeputra.

No comments: