malam: adalah pentas ego seorang manusia
di sini akan ditemui seorang lelaki yang ego menghasil karya-karya dengan tujuan utk melarikan diri dari tergila-gila akan kehidupan yang diketahui sementara.
jika ada antara punca / pemangkin / penyebab bagi satu perubahan bagi diri saya (seorang lelaki), maka ada satu salah satu perkataan mudah utk menjelaskan perubahan itu adalah 'pe-rem-pu-an'. diulangi; perempuan.
"a beautiful girl can turn your world into dust" ~radiohead
itu adalah sebahagian lagu yang saya tersentuh bila meneliti liriknya.. betapa betulnya bila dapati seorang perempuan cantik dah menjadikan kehidupan saya seperti debu. debu yang tak tak berharga. ;(
hidup mesti terus. kehidupan yang cantik mesti diteruskan! jadi, dari debu yang tak berharga tadi saya kena bermula semula. pergi kembali ke asas kehidupan dan bermula dari situ. proses 'belajar dan belajar' akan diteruskan menuju ke arah yang lebih bahagia. ini bukan angan-angan, ini adalah cita-cita. dalam kata lain dan aneh, saya dalam proses 'format' kembali diri. bunyi macam komputer,kan. ha ha ha! :D
antara kesan 'format' ini, saya dapati karya saya sebelum ini, 'oh chantik #13' begitu janggal kerana skarang saya agak selesa membahasakan diri sebagai 'saya' semasa menulis. bukan lagi 'aku'. mungkin ada bahagian jasrul izwan yang telah mati, dan ada jasrul izwan yang lain telah dihidupkan.
malah sesuatu yang diambil ringan, mungkin juga tidak perasan.. saya 'dihidupkan' juga dengan banyak bantuan oleh insan-insan cantik perempuan. pasti nombor satu; emak. kluarga, terutama 2 anak saudara yang cukup menghiburkan melihat mereka membesar. :)
daaannn..apa kaitannya dengan ego? semuanya!! sifat / perasaan / perangai / pembudayaan yang didatangkan sekali dalam satu 'pekej' kehidupan. adakah saya mempergunakan ego atau ego mempergunakan saya? 'malam' mungkin salah satu tempat untuk menjawap persoalan itu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment