Monday, April 12, 2004

kemudahan yang ditarik

dah lebih seminggu saya tidak dapat menulis dan meninggalkan apa-apa kesan disini. komputer saya telah rosak.. :(

kehidupan saya tanpa komputer agak berbeza di kg new zealand,maran. saya dapati saya punya lebih masa untuk membaca buku dan buat catatan tulisan tangan (dan macam biasa, agak sukar utk memahami kembali apa yang ditulis! mmg bertuah punyai tulisan yang abstrak). juga punya masa agak tenang untuk memasak masakan malam. dan sesuatu yang menarik namun belum dibuktikan.. permainan ping pong saya agak ada kemajuan sejak seminggu ini. adakah ada kaitan dengan tidak menggunakan komputer? entah la.. tunggu dan lihat selepas ini...

okey..masa utk pergi kerja. apa pun, terasa gembira kembali berada di sini. menulis, menaip, berfikir, dan sudah tentu senyum. :)

No comments: