pemimpin oh pemimpin..
rata-rata dapat dilihat aktiviti kempen utk menyeru mengundi calon politik yang dipertandingkan! begitu meriah sekali.. agak malang kerana saya terlepas utk mengundi utk kali pertama kerana nama saya tiada dalam senarai yang boleh mengundi. harapnya parti politik yang saya sokong akan menang. malah saya dah berjanji dengan rakan sekerja utk membotakkan kepala jika parti tersebut menang! hehhe.. mmg percaturan yang menarik.. :D
apa ye.. ciri-ciri pemimpin yang diidamkan saya? erm.. kalau ditulis disini, mungkin terlalu banyak ciri-ciri yang tersenarai. namun, pada dasarnya saya mungkin mahu apa yang semua org mahu. pemimpin yang; taat pada tuhan, mesra, bersih, peka, cekap, sihat, berilmu, amanah, berwawasan, dan macam-macam yang positif dan boleh menarik org yang dipimpin turut positif.
betapa tinggi harapan saya terhadap pemimpin yang bakal memimpin itu.. saya tak patut lupakan harapan yang sama pada seorang lagi pemimpin yang telah lama menjadi pemimpin... jasrul izwan bin jaafar sidek. itu saya!
diri saya mmg telah dipertanggungjawapkan utk memimpin diri sendiri. macam mana saya tau apa yang apa yang patut ada pemimpin yang berkempen itu, itu lah perkara sama yang patut ada pada diri saya utk memimpin diri utk maju!
menjadi pemimpin yang berjaya bukanlah sesuatu yang anugerah yang datang secara tiba-tiba. saya memerlukan proses pembelajaran seumur hidup. usaha menambah ilmu dan pengalaman setiap hari.
moga dikurniakan pimpinan yang diberkati oleh tuhan. amin... :-)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment