dapat
dapatkah awak rasa bahawa
saya amat menyayangi awak...?
ilmu berkata-kata amat kejam apabila saya dapati
tiada kata-kata yang dapat menghampiri perasaan sebenar ini..
berusahalah saya utk menunjukkan
hasrat dalam diri bergelora
sentiasa bergelora utk awak seorang
utk awak seorang memahami saya
tiap kali ingin bertemu, saya merasakan diri tidak pernah bersedia
namun, bila bertemu..
saya hampir hilang kawalan utk mengisi masa yang tak pernah cukup
suara awak adalah nyanyian yang mendamaikan
gambar awak adalah sentuhan yang mesra
tulisan awak adalah lukisan seni yang indah
senyuman awak adalah.... kegembiraan saya
memikirkan awak adalah;
kerunsingan dan keghairahan
tangisan dan ketawa
kesakitan dan kelegaan
kesunyian dan keriuhan
masa tidur terlalu lama masa berpisah
keutamaan waktu sedar adalah awak
saya adalah seorang yang lebih gembira
apabila awak meluangkan masa utk saya
tiap detik amat dihargai
bangga dapat berhubungan dengan awak..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment