Wednesday, July 04, 2007

PROSES SUATU DOSA MENJADI BESAR

Ketahuilah bahawa: DOSA-DOSA itu menjadi BESAR kerana beberapa sebab.

1) DOSA TERSEBUT TERUS- MENERUS DILAKUKAN, tidak diiringi dengan istigfar (permohonan ampun) dan TAUBAT kepada ALLAH SWT.

2) MENGANGAP MUDAH TERHADAP DOSA, seseorang yang memandang dosa kecil itu BESAR, maka menjadi kecillah dalam PANDANGAN ALLAH SWT. Tetapi jika seseorang itu MEMANDANG MUDAH SUATU DOSA maka akan menjadi BESARLAH dalam PANDANGAN ALLAH SWT.

3) BANGGA MELAKUKAN DOSA, SENANG ,BANGGA dan GEMBIRA melakukan DOSA serta TIDAK PEDULI bahawa dosa tersebut merupakan penderitaan dan KEBENCIAN ALLAH SWT. Keadaan ini akan MENGHITAMKAN HATI si pembuat dosa.

4) MERASA SELAMAT dari MURKA ALLAH SWT, sesetengah orang merasa selamat dr murka ALLAH SWT terhadap dosa yang dilakukan, padahal mereka tidak mengetahui bahawa ALLAH SWT membiarkannya demikian kerana MURKA sehingga dengan demikian mereka akan berbuat dosa LEBIH lagi disamping merasakan bahawa dosa-dosa itu tidak terbongkar kerana MENYANGKA itu berkat pertolongan Allah kepada mereka, maka sesungguhnya Maka sesungguhnnya MEREKA AKAN MENERIMA SEKSAAN YANG PEDIH DIAKHIRAT NANTI!

Firman Allah SWT yang bermaksud:

" Mengapa Allah tiada menyiksa kita disebabkan apa yang kita lakukan itu?" Cukuplah bagi mereka NERAKA JAHANAM yang akan Mereka masuki. dan neraka itu adalah SEBURUK-BURUK tempat kembali"
Surah Al- Mujadalah : Ayat 8

5) MEMBONGKAR DOSA SENDIRI, jika dia melakukan dosa kemudian membongkarnya dengan menceritakan setelah dia melakukannya, atau SENGAJA MELAKUKANNYA DI HADAPAN ORANG LAIN< MAKA ITU MERUPAKAN SUATU PELANGGARAN YANG DILAKUKAN TERHADAP TABIR ALLAH.Tabir ini diturunkan untuk menutupi aibnya. Maka jika SENGAJA DIBUKA untuk menggerakkan minat orang yang melihat dia,dan kemudian melakukan hal yang sama maka akibatnya diceritakan dalam sebuah Hadith Rasullah saw:

"Setiap umatku dapat dimaafkan KECUALI mereka yang terang-terangan (melakukan Dosa)dan di antara yang tergolong terang-terangan itu ialah, jika seseorang melakukan suatu dosa di malam hari, kemudian pada kesokan harinya ALLAH SWT menutupi nya dari pengetahuan orng lain,tetapi kemudian ia berkata:

"Wahai fulan,semalam aku telah berbuat begini dan begitu" Padahal Tuhannya telah menutupi dari pengetahuan orang pada malamnya,namun kemudian ia menyingkap tabir ALLAH itu dari dirinya sendiri.

(HR Mutafaq'alaih)


Perkara ini terjadi, kerana nikmat yang diberikan kepada hambaNya menonjolkan yang indah-indah dan menutupi yang BURUK-BURUK, dan Allah SWT tidak mengangkat tabir tersebut (kerana masih sayang kepada hamba-hambaNya)akan tetapi sangat MALANG SEKALI tindakan menyingkap tabir terhadap perbuatan-perbuatan DOSA SENDIRI, kerana ini adalah suatu bentuk KEKUFURAN terhadap nikmat ini.

P/s: Sesungguhnya yang HALAL itu NYATA, dan yang HARAM itu NYATA....Bergaul LELAKI & PEREMPUAN MUSLIM yang BUKAN MUHRIM tanpa batasan adalah HARAM, Bersentuhan tanpa lapik dan menyentuh AURAT keduanya dan juga bergurau senda bagi yang BELUM BERKAHWIN adalah HARAM. Setiap yang HARAM itu DOSA. DOSA seseorang itu akan berganda apabila dia TAHU perbuatan itu BERDOSA disisi ISLAM, akan tetapi dia TETAP melakukannya dan baginya balasan azab yang pedih di akhirat nanti andai dia tidak BERTAUBAT.Bagi yang jahil tentang perkara dosa maka hendaklah dia mempelajari tentangnya dan kelak dia dapat menjauhkan diri dari mendekati perbuatan yang dimurkai ALLAH SWT ini.


Seorang penyair terkenal pernah berkata:

"Demi ALLAH, tidak akan ada KEBAIKAN di dunia ini jika rasa MALU telah hilang"

Maka itu MALUlah andai kita berbuat dosa, MALUlah kepada ALLAH yang menciptakan kita dan memberikan kita NIKMAT IMAN. Sayangilah MARUAH
DIRI,AGAMA,BANGSA MELAYU dan KELUARGA kita. Kita terdidik dengan tatasusila dan adab sopan yang mulia.


Carilah perkara yang HALAL disisi ALLAH, ia akan menjadikan kita TENANG.

Wassalam.

No comments: