Wednesday, June 06, 2007




tujuan

teripinga-pinga juga mengenangkan tujuan malammalam dot blogspot ini diwujudkan. dalam menyuluh mencari kembali tujuan asal, dirasakan lebih patut untuk dicari tujuan perjalanan hala tuju malammalam dot blogspot ini.

akhirnya kena saya 'sedar diri' bahawa malammalam dot blogspot bukanlah tempat memberi caramah untuk 'jadilah-seperti-saya'. malah kena 'sedar diri' juga bahawa diri ini masih banyak kelemahan dalam menjadi seorang 'khalifah' yang dipertanggungjawapkan mentadbir dunia.

dunia yang paling 'koman' yang perlu ditadbir adalah dunia saya sendiri. dunia kehidupan sehari-hari..

teringat nyanyian salih yaakob dalam lagu pisang panas;
"nyamuk seberang sungai ternampak,
itu kan bohong dan merepek,
dunia dalam banyak cerita,
jangan buang dalam jamban!"

hehehe... memang lirik yang menangkap, kan..

kadang-kadang melihatkan keadaan sosial dunia hari ini boleh menjadikan kita takut untuk melangkah, takut untuk melihat keadaan generasi akan datang membesar dan menyerap elemen luar yang memang menakutkan.

satu soalan : sejauh manakah ketakutan meningkatkan nilai diri kita?
satu jawapan : tak jauh mana pung!

"penyesalan hari semalam, dan ketakutan hari esok; adalah dua pencuri hari ini"
>>>bukankah itu kata-kata yang indah?

sayam ku pernah berpesan agar sokmo menjadi seperti ikan dilautan. berapa lama pun berenang dalam air laut yang masin, namun daging ikan itu tidak termasin oleh air laut.
>>>bukankah itu juga kata-kata yang indah? p/s: i love u, sayam!

sebagai menjadikan ketakutan itu sebagai serampang dua mata, akan dipergunakan 'ketakutan' itu dengan berani untuk malawan arus.

sekali lagi, selamat datang ke malammalam dot blogspot! senyum skit.. oloh comelnye!
:)

1 comment:

FastRi said...

aku kadang-kadang takut tengok situasi semasa. macamanale pula agaknya akan datang. tambah takut kalau ada anak perempuan yang sedang meningkat dewasa. eeiii.. menyeramkan