
ini kehidupan ya..
hari ini agak sepi di pejabat. lalu diambil masa untuk mengintai laman-laman web kawan-kawan yang begitu lama tidak bersua. terima kasih kawan!
mungkin penilaian terhadap insan bergelar 'kawan' sangat berbeza bagi setiap insan, namun pada saya.. kawan akan sentiasa punya lokasi yang istimewa dalam minda.
apakah nilai istimewa itu? untuk jawapan soalan tersebut, adalah cukup rasanya jika disuluh satu kenyataan bahawa; kawan adalah orang yang kita pilih untuk dampingi, tidak seperti keluarga yang telah ditetapkan untuk didampingi..
No comments:
Post a Comment