Friday, September 29, 2006

perihal persahuran...

"bersahurlah kamu, sesungguhnya dalam sahur itu ada berkat"
hadis riwayat bukhari dan muslim


rasulullah s.a.w. bersabda:
"makan sahur itu berkat, oleh sebab itu jangan kamu meninggalkannya walaupun salah seorang daripada kamu kemudiannya meneguk seteguk air. maka sesungguhnya Allah s.w.t. berselawat ke atas orang-orang yang bersahur"
hadis riwayat imam ahmad


sekiranya terdapat buah kurma, ia adalah makanan sahur bagi orang-orang yang beriman sebagai mana riwayat daripada abu hurairah, rasulullah s.a.w bersabda:
"sebaik-baik makanan sahur orang yang beriman ialah buah tamar (kurma)"
hadis riwayat abu daud


daripada as-saib bin yazid, sabda rasulullah s.a.w.:
"sebaik-baik makanan sahur ialah buah tamar (kurma)."
baginda bersabda lagi yang bermaksud:
"allah merahmati orang-orang yang bersahur."


rasulullah s.a.w. bersabda:
"memohonlah kamu (kepada allah kekuatan) melalui makan sahur supaya memperoleh kekuatan berpuasa pada siang hari."
hadis riwayat al-hakim


sahur juga merupakan salah satu daripada akhlak rasulullah s.a.w., sebagaimana yang terkandung dalam terjemahan hadis berikut:
"tiga perkara yang termasuk antara akhlak para rasul ialah bersegera berbuka puasa, melambatkan sahur dan meletakkan tangan kanan ke atas tangan kiri ketika dalam sembahyang."


perbezaan antara puasa orang Islam dengan ahli kitab terkandung dalam hadis riwayat muslim, sabda baginda:
"perbezaan antara puasa kita (umat islam) dengan puasa ahlul kitab ialah makan sahur."



p/s: sukanya bersahur makan nasi dengan sayam *senyum*. i love u,sayam!

No comments: