kad
semalam saya dapat surat dari awek tersayang. dia menghantar sebuah buku agama, dan disertai dengan rekaan kad jemputan kahwin kami nanti. begitu manis melihat hasil ciptaannya.
sekian kalinya, saya sentiasa bergembira atas jalan yang saya pilih ini. bukanlah jalan yang paling popular bagi pasangan yang menjalankan perkahwinan dengan cara yang saya pilih ini. namun, apa ada pada kepopularan?
ada beberapa kepentingan acara kenduri yang saya terlepas pandang sebelum ini, namun kepentingan itu datang dengan cara yang begitu hikmah. ilham yang datang untuk meraikan tetamu dengan tujuan menghabahkan berita perkahwinan kami begitu banyak datang. sesungguhnya segala ilham itu dapat dikongsi dengan begitu selesa dengan seseorang yang bernama isteri.
teringat saya satu kartun dimana 2 watak boleh bergabung menjadi satu.. huhuhu, secara kartunnya, saya dan isteri bergabung ilham dalam merancang sesuatu pada hari yang indah meraikan tetamu.
amat bersyukur dapat mengharungi apa yang kami harungi ini sebagai suami isteri. mungkin ada kemungkinan yang akan membandingkan bahawa perkara yang sama dapat diharungi juga walaupun tanpa ikatan suami isteri. bagi saya, agaknya melakukan perkara yang sama..namun secara 'rohnya' amat jauh berbeza. sangat jauh!
isk.. apa itu rindu? pastinya saya sedang alaminya..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment