Wednesday, May 31, 2006

lagu tak sedap didengar

ada juga yang merajuk mendengar berita perkahwinan saya ini. hinggakan mahu menolak jemputan saya pada bulan ogos nanti.

bukanlah sesuatu yang saya kisahkan sangat, namun agak kurang sedap didengar.

erm, saya sokmo percaya yang merajuk tak menyelesaikan apa-apa masalah. merajuk umpama menutup pintu komunikasi, dan acara memujuk pula seperti mengetuk pintu itu.

agaknya saya tiada masa nak mengetuk mana-mana pintu lagi. ada isteri yang saya sokmo nak mengorat setiap hari..

selamat merajuk. lagu yang sedap didengar ada dalam hati yang sedang bercinta ini..

No comments: