
warkah buat yang pernah menjadi 'sahabat-ketat'
hari yang cantik ini, tergerak hati teringat pada masa-masa silam yang dirasakan begitu manis pada waktu mengalaminya, namun begitu pilu mengenangkannya.
dari terbit saat kita mengambil keputusan memilih utk tidak lagi menjadi 'sahabat-ketat', pernahkah kau terasa satu penyesalan? menyesal kerana tidak benar-benar memelihara hubungan yang cukup istimewa. menyesal kerana begitu jahil dalam menjaga seseorang yang begitu dekat dikala nyanyian tawa & tangisan duka.
jika ditanya soalan itu, pasti akan ku katakan yang aku telah cukup merasa peritnya dikala kamu mengambil langkah pertama menjauhkan diri.
aku tahu yang langkah yang kau ambil adalah untuk menuju ke satu destinasi yang pasti lebih baik, yang lebih menjamin masa depan, yang lebih berfaedah dari meluangkan jangkahayat yang singkat ini dengan seseorang yang hanya seperti aku ini.
kononnya 'friends forever', 'kawan sampai mati', dan macam-macam istilah yang hebat didengar. malah dipercayai dengan hebat. akhirnya semua kehebatan itu hanya janji manis yang hilang bersama najis bila ditarik pam jamban!
atas semua kejadian antara kita, aku sepatutnya menjadi sangat marah! namun, aku tidak pernah ajar diri untuk menjadi marah..
kau dimaafkan! *lega*. semoga bahagia dan jaga diri baik-baik tau~ :-)
No comments:
Post a Comment