azam baru
kepada umat yang menyambut tahun 2006, mungkin saya patut ucapkan 'selamat tahun baru!'. terlihat juga sambutan yang diluluskan kerajaan di kaca tv, begitu meriah dengan konsert, nyanyian, serta imbauan-imbauan khas tahun 2005.
saya ada juga ditanya apakah azam tahun baru 2006. sesuatu yang ingin dicapai dalam tahun 2006. apa agaknya jawapan yang saya ingin berikan?
jawapan utk soalan itu pastilah kena sesuatu yang istimewa. seolah-olah, permulaan tahun 2006 ini meniup semangat baru kepada saya. malangnya, tiupan semangat itu tidak sekencang manapun.
terfikir juga saya jikalah ada seseorang lelaki bernama 'azam'. bila di dengar isterinya punya 'azam' baru sempena tahun baru, mendidih juga darahnya! :-p
bagaimana saya menyambut 01.01.06? banyak menghabiskan masa di atas tilam! baring+tidur..sesuatu yang dibisikkan oleh 'penghasut' sehingga dirasakan tidur itu tidak pernah cukup.
ouh, saya perlu lebih kuat utk menentang godaan syaitan! <--- azam 2006?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment