Friday, November 11, 2005
berundur untuk berjaya
(bahagian 1)
'berkorban'. itu adalah perkataan/istilah yang digunakan dalam menunjukkan kesanggupan seseorang demi sesorang/sesuatu yang disayangi. demi negara, demi maruah, demi keluarga, demi kekasih, demi kereta, demi gaya.. dan bermacam 'demi-demi' lagi yang menggerakkan seseorang untuk 'berkorban'.
"berkorban apa saja, harta ataupun nyawa..."
itu merupakan nyanyian yang saya dengar dalam salah satu filem klasik melayu. nyanyian tersebut dinyanyikan menunjukkan ke-berkorban-an si penyanyi kepada pemerintah yang berkeinginan seorang awek dari negeri lain. dari satu sudut, dia berjaya melaksanakan tugas kerana awek itu berjaya dingorat dan dibawa pulang ke negeri si penyanyi dan dikahwinkan dengan pemerintah yang kejam itu. dari satu sudut yang lain, dia juga 'berjaya' memperkotak-katikkan perasaan seorang perempuan. perempuan, jantina yang sama dengan jantina emak kepada si penyanyi tersebut. (contoh tersebut hanya semata-mata atas penilaian apa yang yang tonton, dengan harapan pembaca juga berpengalaman telah menonton dan ingat babak yang saya maksudkan)
layak ke perkataan 'berkorban' digunakan pada situasi itu? yang pasti ada beberapa nilai kemanusiaan telah dikorbankan dalam tujuan untuk mencapai sesuatu yang tidak patut. berkorban atas dasar tekanan atas kepada seorang raja yang kurang kemudahan untuk mengorat sendiri awek yang dia berkenan.
agak kelakar mungkin, namun bila dibuat perbandingan diantara jalan cerita filem tersebut dengan kahidupan sebenar, terdapat beberapa persamaan yang agak ketara. cuma beberapa 'watak' filem, dan 'watak' kehidupan sebenar agak berbeza rupa.
[ingin mencelah agak terkeluar dari topik sebentar kerana ingin mencurahkan rasa terinspirasi dengan karya-karya seni yang memberi kesan kepada orang lain. bersemangat untuk berkarya lebih baik. erm, mungkin istilah 'karya yang berkesan' lebih sesuai. mungkin tidak berkesan sejurus selepas karya itu siap, tetapi juga boleh berkesan/releven dalam jangka masa panjang. *berusaha*]
bersambung~~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment