berundur untuk berjaya 2
'berkorban' biasanya dikaitkan dengan kerelaan. kerelaan hati dengan ikhlas untuk berkorban. namun, adakah dikatakan 'berkorban' jika dilakukan dengan tidak rela? dengan kata lain, 'berkorban' atas tekanan yang ditekan oleh pihak luar, bukan atas kerelaan dan kewarasan hati.
mengapa berkorban? mengapa tidak berkorban? jawapan (alasan) yang diberikan pasti menuntut kefahaman atau kerelaan si yang bertanya. akan terdengar perkataan seperti "menjalankan tugas, "cari makan", "nak hidup", "demi negara", "nak bayar sewa", malah terdengar juga kata-kata: "orang lain pun buat juga..!"
disini 'tindakan berkorban', dan 'berkorban' itu sendiri perlu dilihat dengan lebih teliti. seseorang yang melakukan 'tindakan berkorban' belum tentu dia 'berkorban'. begitu juga sebaliknya, seseorang yang 'berkorban' belum tentu melakukan 'aktiviti berkorban' [tiba-tiba dirasakan penulisan ini dah bertukar menjadi perbincangan mengenai 'berkorban'. muahahaha..!]
bersambung...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment