Friday, August 12, 2005

kini 'dia' kembali!

jerubu datang lagi.. kali ini agak 'hebat' sehingga saya kena menulis mengenai kehadiran suasana yang agak luar biasa ini. semasa menulis ni saya terasa tekak agak kurang selesa, buah hati saya demam & batuk-batuk. juga membimbangkan kesihatan ahli keluarga yang dicintai.

maaf jika berbunyi agak merungut, tetapi ini hanya menceritakan keadaan yang saya alami akibat jerubu. keadaan kenyataan. saya sokmo berdoa doa agar semua dapat menghadapi suasana dugaan dengan selamat.

selain dari itu, ada beberapa lagi kenyataan yang saya perlu dihirup masuk dalam diri selain dari kualiti udara yang kurang memuaskan. kenyataan bahawa saya adalah seorang yang kurang cermat.

kenapa? saya telah terlupa nilai udara yang saya hirup. udara yang membekalkan oksigen dalam badan. udara yang tiba-tiba di gugat kualiti sehingga jerubu telah memberi kesan yang sangat jelas.

siapa yang nak ingatkan saya dan bincangkan udara segar? tiada seorang pun! hari-hari asyik lepaskan 'ketagih-oksigen' dengan percuma, tanpa perlu usaha keras membanting tulang.

siapa pula nak bincangkan tentang udara yang di-jerubu-kan? hampir semua orang! (termasuklah jasrul izwan). oksigen kini telah dicampur dengan bahan yang agak tidak diperlukan oleh badan. dada akhbar, internet, malah mungkin juga perbincangan-warga-kedai-makan membincangkan bekalan yang rasanya luar dari kebiasaan. 'gian' terhadap udara yang lama mula menjadikan beberapa individu melatah.

adakah saya seorang yang melatah? agaknya kot. apa pun, saya kena 'berhenti-sebentar' dan melihat keliling, terutamanya ke belakang. di kala udara yang begitu syok dimasukkan dalam badan tanpa memikirkan dari mana udara itu datang, ke mana udara itu pergi.

kini, semoga belum terlambat untuk saya rasa berterima kasih dan syukur kepada "yang-merajai-seluruh-manusia"*. bukan sekadar atas kurnia udara, malah untuk segalanya. diulangi... se-ga-la-nya.

nak juga berkongsi perumpamaan menarik yang saya dengar; "macam ni la perasaan ikan apabila air tercemar".

*surah an-nas;ayat 2

No comments: