Thursday, July 28, 2005

hampir sebulan kemudian...

hampir sebulan di tempat kerja yang baru. dilihat saya semakin 'mengembang'.. haha! mungkin selera yang berbeza apabila menjadi seorang yang lebih gembira. lagipun 'mengembang' itu ada kaitan juga sebab sudah lama tidak memegang bet pingpong lah..~ apa pun, ada satu percaturan tuhan yang amat misteri, namun saya sedang mengalami detik-detik yang menggembirakan~

kegembiraan sumbangan dari gabungan kurniaan yang amat saya syukuri. antaranya;
*sedikit sumbangan dari kerja yang baru, yang meletakkan saya lebih dekat dengan keluarga tersayang.
*sedikit sumbangan dari pertemuan semula dengan 2 orang rakan politeknik yang bekerja ditempat yang sama, yang berlainan agama & bangsa; lalu menjadi rakan serumah pula kini. amat gembira saya dihormati sebagai seorang muslim. (walaupun dalam rumah ada patung yang aneh, salah seorang dari mereka amat ambil berat waktu utk saya solat, terutamanya waktu magrib yang dikatanya 'waktu yang pendek'. kawan yang bagus~)
*sedikit sumbangan dari perkarjaan baru ini memberi motivasi dalam menjadi warga pendidik yang saya rasakan saya bermula dari bawah (rasanya tiada dalam senarai cita-cita pun). suara agak tersekat semasa pertama kali memberi penerangan! hahah~ :D setelah hampir sebulan, saya rasa agak yakin untuk memberi tunjuk ajar. perlu lebih banyak membaca nota-nota abah yang menjadi cikgu itu. berusahalah encik jasrul!
*banyak sumbangan dari kehadiran seorang yang sokmo dirindu. bukan sekadar kawan, namun cita-cita lebih dari itu. *angkat dagu & senyum*

patut disedari, kegembiraan yang dihadapi adalah ujian dari tuhan. tak boleh terlalu asyik. masih terlalu banyak ruang untuk memperbaiki diri yang perlu dipenuhkan dengan ilmu dan kesedaran.

1 comment:

Anonymous said...

assalamualaikum.
selamat menjadi warga kuktem.:)
~nur malam~