Sunday, July 03, 2005

aku, bonzer, dan dewa

setelah sekian lama menanti, dewa, kumpulan muzik dari indonesia yang menjadi kegemaran saya akhirnya datang ke kuala lumpur untuk mengadakan konsert.

dikala inilah saya 'menggunakan' kawan saya yang menetap di kuala lumpur untuk membelikan tiket awal-awal agar tidak terlepas lagi. yang terpilih untuk tugas yang mencabar itu adalah irwan johari atau dirujuk sebagai 'wan dpr'. wan pernah pergi konsert dewa di malaysia sebelum ini. dia lebih berpengalaman dengan konsert dewa. (tarima kasih wan dpr~!). saya mengajak sekali seorang kawan dari ipoh untuk bersama-sama mengecap masa-masa indah konsert dewa. seorang kawan yang begitu comel, bonzer.

pada hari yang dijanjikan, 28 may 2005, saya bekerja dengan agak kurang tenang. mengenangkan apa yang akan dilihat dan didengar pada jam 8.00 malam nanti. tiba sahaja jam 5.00 ptg, saya mengenakan pakaian paling selesa, terus ke kuala lumpur! kolumpooo.. aku datang~!!!

tempat pertemuan saya dengan bonzer adalah di pasar budaya. lebih tepat, kedai mamak yang terkenal di pasar budaya nun..

di situ bonzer telah ditemani oleh kawan dari ipoh yang menetap di kuala lumpur, jejaka bernama boy. mereka dah selesai makan semasa saya sampai. mereka mengalu-alukan saya memesan makanan, namun saya tegaskan saya ada membawa bekal roti dan air dalam beg.

selepas solat magrib, kami menapak menuju tempat wan dpr menanti. boy tidak ikut sekali, dia berbunyi anti-dewa berikutan kontroversi yang melanda dewa. apa bole buat..

menaiki kereta wan dpr ke kl tower begitu mengairahkan. melihat begitu ramai kelihatan meriah untuk menyaksikan konsert dewa. selepas berjaya mendapatkan tempat letak kereta yang sesuai, kami tidak membuang masa lalu ke kl tower dan beratur masuk.

semasa beratur, kedengaran lagu-lagu ska dari kugiran tempatan. "bole la...!"

sebelum persembahan penonton di persembahkan beberapa klip video yang berkaitan dewa. ada klip video dari album baru, ada juga gambar-gambar aksi peminat dewa di indonesia mungkin. paling menarik ada seorang pak cik memakai serban begitu bersemangat menyanyikan lagu dewa. tak lupa juga pekerja pembinaan yang mungkin lupa mencabut topi keselamatan sebelum ke konsert dewa! ah.. lucu~!

sepanjang persembahan dewa malam tu memang hebat, sekurang-kurangnya dewa kedengaran hebat! saya tidak dapat melihat dewa dengan jelas malam itu. 'terima kasih' yang amat kepada mereka-mereka yang membuatkan saya hanya mampu melihat once sekali sahaja secara terus;

1. perempuan yang jahat duduk di atas kenalannya dan menari secara eksortik di depan pentas.
2.watak-watak yang mengibarkan bendera dengan tinggi, lansung tidak memikirkan saya di belakang ini ingin melihat dewa, bukan bendera.
3.abang pemegang kamera yang menghasilkan gambar yang kurang berkualiti. agak tidak patut mengambil gambar dari sudut yang sukar.. agak tertekan dengan kualiti gambar yang di tayangkan di skrin.
4.ada waktunya tidak senang dengan sesi kara-ok penonton. agak kurang berbaloi segala usaha membeli tiket, beratur panjang, perpeluh berjeruk dan macam-macam dugaan jika hanya sekadar mendengar suara selain dewa pada malam itu. aii.. *mengeluh*

mungkin kalau jika ditaip apa yang tidak puas hati, mungkin banyak. mungkin sehingga apabila saya hanya seorang menonton, dan duduk dihadapan sekali, barulah puas hati. hohoho~!

apa pun, tiap kali rasa gundah, pemandangan menara kuala lumpur dari arah bertentangan dengan konsert begitu mempersonakan. rasa begitu 'orang kampung' apabila mendongakkan kepala hampir tahap maksimum untuk melihat puncak menara tersebut.

persembahan dewa malam tu tak perlu dipertikaikan lagi. baris-baris lirik yang selalu didengar & dibaca ada kalanya diberi definasi baru dan lebih bermakna. terutamanya lagu 'arjuna' yang dirasakan ditujukan secara peribadi kepada saya. pasti berbangga menjadi arjuna yang mencari cinta...

selepas nonton dewa, saya dan bonzer bertemu dengan kenalan dari internet, ad yang juga menonton dewa bersama tadi. wan dpr menjadi tukang amik gambar kita bertiga. dapat jumpa ad sekejap saja, maklum la, masing2 begitu busuk kot..

kami bertiga ke sentul untuk makan. saya cuma makan telur bungkus. begitu penat untuk memakan makanan yang agak berat..

selepas makan, saya dan bonzer pulang ke genting sempah. sampai saja di rumah, terus mandi + solat. kemudian meneman bonzer menonton vcd radiohead. yeah..

bonzer tidak begitu dapat memberi perhatian kepada vcd kerana sibuk bercinta secara sms dengan pacarnya. akhirnya saya tidur dulu meninggalkan dia dengan alam percintaan sms yang begitu indah~ zzzzz...

pagi esoknya, saya dapati bonzer telah hilang dari tempat yang sepatutnya dia tidur. rupa-rupanya dia telah diserang dengan kejam oleh nyamuk. nampaknya nyamuk tidak merasa gentar dengan gelaran 'bonzer' itu..

setelah menonton kartun spongebob yang kelakar, kami bersiap-siap untuk merendamkan diri di kolam air panas di bentong. sampai saja di kolam, kami dengan lagaknya terus ke kolam yang paling panas. terasa seperti ada ilmu kebal dan terasa begitu gagah! mula-mula hanya merendamkan kaki, dirasakan lulus untuk merendamkan badan pula!. terjun!! argh.. terasa organ dalaman dan organ luaran seperti direbus!! berbekalkan ilmu berlagak yang nipis, saya hanya mampu bertahan hanya 17 minit. sudah hampir masak daging tubuh gebu ini...

selepas berehat sebentar, saya berendam kembali ke kolam yang ke-2 panas. tidak sepanas yang pertama. bonzer pun ikut serta. sambil berendam, bonzer ada menceritakan sesuatu yang menarik, iaitu mengenai perempuan. bonzer dulu penulis juga seperti saya. namun setelah terjebak ke alam perchintaan, tiada lagi karyanya. dia kata bahawa apabila dah ada kekasih, segala 'karya' hanya diberikan kepada kekasih. tidak semestinya dalam bentuk karya penulisan, tapi karya kehidupan bercinta. dalam diam, saya bersetuju. kepada siapa lagi masa, kesungguhan, malah wang ringgit diperuntukkan kepada & demi orang tercinta,kan..? bagi arjuna yang mencari cinta seperti saya, itu merupakan karya agung dalam kehidupan.

selepas mandi-manda, saya dan bonzer menikmati nasi + ikan keli bakar + gulai kawah di kawasan rehat genting sempah. selepas makan, pulang ke rumah untuk berehat. tiba waktu petang, saya menghantar bonzer ke stesen putra gombak.

pohon segala ampun, dengan harapan dapat bertemu lagi dengan bonzer, wan dpr, dan juga dengan dewa.. "aku ingin terbang tinggi, seperti elang.. melewati siang malam.."

1 comment:

Anonymous said...

hahaha... satu catatan kreatif yang menarik. saya juga peminat Dewa. cuma takkan berpeluang ke konsert mereka. setakat orang kampung dahtu pompuan pulaktu.. rase tak pasal je nak ke kl semata-mata nonton konser yang jelas tak dapat dilihat dgn jelas!!