soalan cepu mas
(inspirasi dari jim rohn)
jasrul sayang, sentiasalah menanyakan menanyakan dirimu soalan berikut;
"dengan siapa kamu bergaul?"
"apa yang mereka lakukan pada saya?"
"apa bahan bacaan yang mereka beri saya baca?"
"apa kata-kata yang mereka beri saya ucapkan?"
"ke mana tempat yang mereka bawa saya tuju?"
"apa yang mereka buat saya fikir?"
dan soalan yang utama;
"apa yang saya jadi dengan pengaruh mereka?"
kemudian wahai jasrul, soalan cepumas:
"adakah itu ok?"
berapa besarkah pengaruh orang sekeliling saya? begitu sukar jawapan itu, dalam menaip jawapan itu di sini juga saya dipengaruhi secara tak lansung memikirkan orang-orang yang membaca karya selain dari saya.
dalam bab ini, saya nak kaitkan dengan satu cerita. masa muda-muda dulu, saya kadang-kadang ada bermain catur. terus terang, kemahiran bercatur saya tidak berada ditahap tertinggi. tidak diasah sangat kemahiran bercatur. apa bila bermain catur, ada beberapa penonton yang melihat permainan catur itu. akan terdengar la 'ajaran-ajaran' bagaimana saya harus gerakkan buah-buah catur itu.
mungkin niat mereka murni, untuk memenangkan saya. namun, bukankah itu juga merupakan tanda-tanda 'penyokong' saya tiada keyakinan untuk saya menang dengan sendiri? tidakkah mahu saya menang dengan berkualiti? malah, jika kalah pun, saya pasti kekalahan itu adalah kekalahan yang berkualiti. fuh..begitu emosi menceritakan mengenai permainan catur..
apa pun, itu satu contoh. satu pengalaman peribadi. (sebenarnya, pada masa bermain catur itu walaupun terpaksa mendapat tunjuk-ajar penonton pun kalah jugak! cis.. sokongan membawa rebah rupanya~)
dalam kehidupan harian, 'pengaruh orang lain' sentiasa memberi peranan dalam tindak-tanduk saya samaada dalam keadaan sedar atau tidak sedar. nak menyenangkan hati keluarga, kawan-kawan, bos, dan berbagai-bagai individu yang saya rasa perlu hatinya dijaga.
tidaklah salah dalam menjaga hati orang lain, malah dituntut juga oleh agama untuk menjaga hati orang lain. namun dalam menjadi 'jaga' ni ada batasnya; selagi mana tidak melanggar perintah tuhan. saya sedaya upaya usaha tidak menjadikan 'tiket' 'menjaga-hati-orang-lain' sebagai alasan untuk melakukan sesuatu yang bakal memudaratkan diri sendiri.
bagaimana pula dengan hati saya? siapa yang nak jaga? mudah sekali jawapan itu. pastilah hati saya mula-mula sekali perlu dijaga oleh jasrul izwan. jejaka yang comel itu.. hehehe... :p
tak perlu tunggu orang lain memulakan aktiviti menjaga dan menyenangkan hati saya. buat sendiri! menjaga diri dengan fitrah kejadian manusia yang betul, tidak putus hubungan dengan tuhan, sentiasa radha ujian yang tuhan beri, dan bermacam-macam 'petua' kehidupan yang boleh dipegang dalam menjaga hati sendiri.
jadi, dalam mengawal tindakan saya dalam 'menjaga-hati-orang-lain', perlu saya ingatkan diri agar memastikan saya punya rangkaian 'rantaian-persahabatan' yang baik. cukup baik sehingga apabila saya ditakdir membuat keputusan untuk menjaga hati mereka, saya juga menjaga hati saya sendiri.
saya juga perlu berani untuk kata 'tidak' dan buat sendiri. berani untuk menjadi berbeza, walaupun berbeza itu sesuatu yang tidak menyenangkan orang lain. biar berbeza, asalkan betul. betul untuk berkawan/bersahabat kerana allah. tidak menjadi kawan yang dayus. apa itu kawan yang dayus? kawan yang dayus merupakan 'kawan' yang membiarkan kenalannya hanyut dan lemas dengan sesuatu yang dimurkai allah.
jawapan pada soalan cepumas.. "ok!"
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment