Friday, May 20, 2005

satu unit manusia yang sempurna : farooq & aida

saya ingin mengucapkan tahniah kepada sepasang kawan se-sekolah saya, farooq & aida, atas menaikkan pangkat insan kepada pangkat 'suami&isteri' pada 01.05.2005, bersamaan hari sabtu, bersamaan hari pekerja - "mayday!". semoga dengan menjadi 'unit manusia yang sempurna' ini, dilimpahkan bahagia kepada semua. macam 'biasa' lah, semoga dikurniakan zuriat yang soleh/solehah. dengan rasa tak malunya, saya tumpang gembira~ (nota: perenggan ini dikitarsemula) :-p

setelah namanya begitu sinonim dengan pengembaraan saya menghadiri perkahwinan di kuala terengganu, kini sekali lagi namanya muncul. tapi bukan sekadar watak sampingan dalam pengembaraan acara perkahwinan, kali ini watak utama. ini adalah masa farooq berkahwin. hohoho~

jemputan saya terima melalui panggilan telefon. saya sangka dia hanya bergurau, rupanya tidak. memang 'serangan hendap' yang berjaya! ramai juga kawan-kawan yang terkejut.

terus-terang, watak farooq & aida ni saya kurang ingat di sekolah. mungkin saya tak bercampur-gaul dengan semua orang di sekolah dulu. hanya lebih gemar layan kepala sendiri dan banyak membuat masa untuk komik kungfu alih bahasa dari hong kong. oh ya, ada satu memori beramai-ramai melibatkan farooq. pernah sekali saya dan rakan-rakan adakah sesi fotografi dalam tandas baru sekolah, ada farooq sekali dalam gambar tu. itu pun tahun 1994 mungkin.

malam sebelum hari perkahwinan, saya sempat membuat masa lepak bersama bakal pengantin, & ro he zi. seorang bujang, seorang nak kawin, & seorang dah kawin. hehehe...

kami buat masa untuk menghadiri persembahan yang dianjurkan oleh parti pemerintah dalam usaha untuk membasmi penglibatan manusia dengan dadah. persembahan muzik yang dibuat oleh rakan-rakan juga. bukan itu sahaja yang menarik, suasana begitu tenang kerana diadakan secara terbuka. dengan udara segar (kecuali dikala ada makhluk merokok), makanan percuma, muzik yang tenang, wajah kawan-kawan yang mesra (kecuali si 'penjaga keamanan)... rasanya ini persembahan muzik yang bagus! oh ya, tak lupa mesej yang bagus..

belum persembahan tamat, kami kena pergi bertemu dua lagi kawan se-sekolah, nizam muazam & zulkarnain, yang sedang menunggu di sebuah restoren berhampiran. kami akhiri malam itu dengan lepak, berbual-bual, dan menahan kepala dihempap buah jambu. inilah akibat memilih meja dibawah pokok jambu. huh~

esoknya, saya dan rakan sekampung, jak, ambil keputusan untuk pergi menonton wayang. filem dari seberang. cerita yang saya telah beri 3.5 bintang. cerita mengenai kesedihan dua orang perempuan, kecintaan seorang lelaki, dan kehidupan remaja yang punya kereta mewah! :)

majlis perkahwinan ini saya terpaksa membawa jak bersama kerana waktu sudah hampir ke acara selesai menonton. setelah membiat beberapa panggilan telefon, saya ambil keputusan untuk mengajak kawan-kawan berkumpul di rumah zulkarnain.

sampai sahaja di rumah zulkarnain, saya dapati begitu ramai kucing! sesungguhnya tuan rumah mempunyai koleksi kucing yang bermacam rupa, bermacam saiz. begitu comel!

saya dan jak berjemaah di rumah zulkarnain. selepas solat, belum ada kawan-kawan yang datang. lalu, saya dan jak buat masa sebentar untuk ke pasar malam yang berhampiran. saya sempat membeli sehelai baju kemeja bewarna putih. kemeja putih yang lebih cantik dari kemeja yang saya bawa dari rumah sebagai baju ke rumah pengantin.

setelah ro he zi sampai (bersama abangnya, kojek dan isteri), lansung terus ke rumah pengantin.

sememangnya keluarga aida punyai rumah yang besar dan cantik! masa ketibaan kami begitu cantik juga, tepat pada masa pengantin lelaki duduk bersila bersiap-sedia untuk angkat nikah.
walaupun hanya dapat melihat dari luar tingkap, kegumbiraan pengantin begitu jelas selesai akad nikah dengan jayanya. masa untuk makan!

menu malam itu begitu menarik. semuanya menarik. sehinggakan saya makan semua jenis makanan! tetapi yang paling saya gembira adalah buah kegemaran saya dihidangkan begitu banyak. buah kuini.. yeah!

saya mulakan malam itu dengan segelas bandung, sepinggan buah kuini. berhenti sebentar, kemudian sambung lagi dengan makan nasi dengan lauk daging yang sedap~

sebenarnya pemakanan saya malam itu tidak begitu menyihatkan. tapi nafsu makan yang gagal dikawal mengatasi segalanya. rasulullah saw mengamalkan diet seperti berikut;
1.tidak makan susu + daging
2.tidak makan daging + ikan
3.tidak makan ikan + susu
4.tidak makan ayam + susu
5.tidak makan ikan + telur
6.tidak makan ikan + daun salad
7.tidak makan susu + cuka
8.tidak makan buah + susu
(kenapa? setiap jenis makanan diatas diproses oleh perut dengan jangkamasa yang berbeza; buah cepat diproses, susu lambat diproses. untuk tidak mengganggu proses penghadaman, elok la tidak membebankan perut untuk berfungsi dengan mencampur-campur makanan yang tidak 'sejenis'*)
9.makan buah sebelum makan nasi, bukan selepas.
(kenapa?buah mudah diproses dan memberi tenaga segera. contoh yang jelas, disunatkan berbuka puasa dengan kurma*)
10.tidur sebentar selepas makan tengahari
11.tidak sesekali meniggalkan makan malam.
(kenapa? untuk mengelakkan wajah dimakan usia! mungkin rahsia untuk awet muda. hehe.. kalau tidak makan malam, badan akan menerbitkan kolestrol berganda*)
*sumber; yang boleh dipercayai

huh.. terkeluar dari cerita asal. selesai makan malam itu, terus bawa haluan masing-masing. sampai masa yang cantik, insyaallah 'haluan masing-masing' akan bertembung lagi.

No comments: