penulis pagi yang suka murung (bahagian 2)
....sambungan dari bahagian 1 (semestinyalah~)
saya sokmo berdoa kepada tuhan agar dikurniakan ilham, bakat, gagasan serta kekuatan untuk menjadi penulis yang hebat. penulis yang meninggalkan kesan 'cop jari' jasa jiwa, bukannya jenayah jiwa. mengharapkan hasilnya adalah membawa kebaikan. kalau boleh membawa kebaikan kepada semua orang, tetapi sekurang-kurangnya membawa kebaikan kepada diri saya sendiri.
haha... bunyi terlalu egois dan mementingkan diri sendiri! mungkin itu satu lagi 'sumpahan menjadi lelaki' yang saya kena bawa. bukan membawa sebagai beban, tetapi sebagai tanggungjawap yang saya kena kawal, dan guna untuk jadi orang yang lebih baik. orang yang terbaik, penulis pagi yang terbaik, termampu.
saya punya masa yang agak lapang selepas subuh untuk menulis. hasil karya waktu pagi dengan keadaan jiwa baru bangun tidur mewakili hampir keseluruhan karya penulisan saya. apabila dilihat kembali, bukanlah kemurungan atau kesedihan tema utama penulisan. cuma beginilah saya diwaktu pagi! duduk diam-diam didalam bilik, terlalu awal untuk memikirkan lawak untuk ditulis, dengan keadaan yang belum mandi, bilik pun begitu 'tersusun dengan abstrak' untuk mengilhamkan sesuatu yang ceria.hahah..! namun, sentiasa saya bersyukur kerana pada waktu inilah keadaan jiwa dan keadaan otak yang paling lapang untuk menaip yang ada dalam kepala, tanpa pencemaran dari kesibukan urusan dunia atas tiket 'mencari duit'.
terlupa, suka murung juga merupakan keadaan saya. bukan sesuatu yang saya nak buang, tapi akan digunakan untuk sesuatu yang cantik untuk menulis dan menulis.. bersedialah, si suka murung pagi telah datang! *bersemangat*
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment