penulis pagi yang suka murung
(bahagian 1)
agak lama tidak membuat masa untuk menulis. mungkin sistem badan saya telah berpakat untuk merehatkan jari dari menaip, otak dari berfikir untuk menulis. kini, 'mereka' sepakat kembali untuk sama-sama usaha untuk aktif menulis kembali.
separuh bulan may 2005 ini saya begitu tergantung. tergantung dari membuat apa-apa yang saya rancang jangka pendek. perancangan untuk menulis, pingpong, membaca, dan beberapa aktiviti lain dirasakan seperti 'beban'. tidak terbuat.
malah, diri saya dilarikan ke aktiviti berjalan-jalan, mandi pantai, tengok tv, dengar radio, tengok video, dengar muzik, dan bermacam perkara yang 'suka murung'. aneh, tetapi saya harapkan keanehan yang dialami mengajar sesuatu. masakan sesuatu yang berlaku pada diri saya adalah satu pemberian tuhan yang sia-sia.
sebelum saya menulis ini, sempat saya fikirkan apa yang saya curahkan di sini. bukan sebarangan penulisan yang saya tulis. bukan dalam erti kata memuji diri sendiri, tetapi saya sedar setiap perkataan yang ditaip merupakan 'cop jari' yang saya tinggalkan sebagai bukti jasa jiwa, atau boleh jadi jenayah jiwa.
bersambung....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment