menjalani kehidupan yang porno
dengar orang-orang dah kahwin berbicara, jika mereka mahu berbicara sesuatu yang porno, boleh dikaitkan hampir semua objek bertujuan menceritakan pengalaman peribadi yang porno.
tak memerlukan filem, gambar, internet atau apa saja 'bahan porno' untuk menjalani kehidupan porno kerana picu 'kepornoan' boleh dipetik bila-bila atau di mana-mana.
bagaimana orang bujang menangani porno yang datang dari berbagai sumber ini? bagaimana nak benar-benar membuat garis sempadan antara porno dengan pendidikan sekual?
onani bukanlah satu pilihan yang bijak. malah itulah pilihan yang bodoh! selain dari kesan negatif psikologi, perbuatan mengakibatkan kehilangan tenaga. 'para onani' boleh dikesan dengan melihat warna kulit mereka, yang mana biasanya sangat pudar. mata mereka kerapkali malap akibat kehabisan tenaga. pendapat mereka lembap, mereka kurang cita-cita, dan mereka selalunya stress.
zina juga bukanlah juga pilihan yang paling bijak. malah itulah pilihan yang paling bodoh! hubungan luar nikah agak biasa didengar. 'biasa didengar' tidak menjadikan zina sesuatu yang betul.
"jangan kamu mendekati zina kerana zina adalah satu perbuatan yang keji dan jalan yang amat jahat"
surah al-israk;ayat 32
mungkin sepatutnya pendidikan seksual hanya boleh dibelajar dengan pasangan masing-masing selepas nikah. mungkin pengembaraan bersama boleh mengeratkan lagi hubungan suami-isteri. mungkin.. bermacam mungkin lagi. terlalu banyak 'mungkin' si bujang ini! :->
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment