Monday, April 18, 2005

kidal; dulu dan kini

saya seorang kidal. menggunakan hampir semua alatan menggunakan tangan kiri. mungkin ada yang memandang remeh soal 'tangan-mana-yang-digunakan', namun saya telah membuat sedikit masa untuk mengenal diri berdasarkan 'tangan-mana-yang-digunakan'.

informasi ringkas: semua beruang kutub adalah kidal

terfikir juga bagaimana rumusan tersebut boleh dibuat. mungkin pengkaji beruang kutub telah membuat pemerhatian begitu lama. setelah beberapa lama membuat pemerhatian, didapati semua beruang kutub menulis menggunakan tangan kiri! hehehe... :-p

menyebut mengenai beruang kutub yang kidal, susuk tubuh manusia saya yang kidal ini nampaknya ada harapan membesar seperti beruang kutub juga. perlu banyakkan senaman. berusahalah!

tutup kisah binatang. kembali kepada kisah manusia. kajian kepada manusia pula, didapati tidak semua manusia adalah kidal. malah golongan kidal adalah minoriti, hanya lebih kurang 40% sahaja. maknanya perbezaan orang kidal dan tidak kidal tidak la banyak sangat. dalam kehidupan harian saya, seolah-olah orang tidak kidal begitu ramai. begitu sukar nak menemui yang sekidal saya. mungkin ada yang malu menjadi kidal, lalu sembunyikan kekidalannya. cukup maklum golongan kidal adalah minoriti, ada pula yang sedaya mungkin menyembunyikan kekidalannya. patut la sukar ditemui orang kidal ini.

yang pasti, kidal bukanlah satu kecacatan. kisah benar terjadinya kidal begitu menarik. manusia dianugerahkan sepasang tangan, kaki, mata, telinga, looobang hidung, dan macam-macam organ lagi. ini termasuklah sepasang otak; otak kanan & otak kiri (atau boleh juga ditulis 'otak kiri & otak kanan'). secara teori, apabila otak kanan lebih berkuasa, maka orang itu akan kidal. ini kerana antara fungsi otak kanan adalah untuk mengawal pergerakan tangan kiri.

bukan itu sahaja, dari pembacaan saya, otak kanan juga ada kaitan dalam kecenderungan dalam berbagai-bagai kategori perihal peribadi seperti; pengawalan tangan kiri (informasi ulangan!), kepandaian artistik, pemikiran rekacipta, imaginasi, intuasi, kepekaan melodi muzik, mengingat/mengenal wajah, mengingat bunyi, kreativiti, dan beberapa perkara yang saya tak hafal. itu antara yang menerangkan minat saya dengan lukisan/seni abstrak! *menjeling lukisan aneh kat dinding*

nama-nama tersohor seperti; leonardo de vinci, paul macartney, kurt cobain, kartunis ujang, adalah antara mereka yang kidal. ini adalah antara watak-watak yang cenderung ke arah kesenian. itu juga saya nampak pada beberapa orang rakan yang kidal. walaupun punya jawatan dalam bidang yang berbeza, kecenderungan terhadap sesuatu yang seni tetap terpancar.

masa kecil-kecil dulu, datuk saya pernah marah kerana menggunakan sudu makan air batu campur menggunakan tangan kiri. terpaksa la berlakon menggunakan tangan kanan, walaupun kegagalan menggunakan tangan kanan hampir menyuap air batu campur ke hidung! begitulah keadaan sehingga tua ni, hidup dalam dunia orang tangan kanan. pernah saya ditegur oleh seorang yang tidak dikenali semasa makan mi goreng di warung tentang penggunaan garfu di tangan kiri. menjadikan aktiviti makan pada masa itu sesuatu yang tidak selesa. terima kasih atas teguran, tetapi saya nak sarapan! (dalam apa-apa hal pun, mana-mana pihak kidal atau tidak kidal tidak bersalah dalam hal ini, dia guna tangan kanan utk makan, saya guna otak kanan utk makan. hoho!)

bukan saya mahu menyalahkan pengguna tangan kanan. malah dari segi budaya pun kanan di iktiraf lebih baik, muncullah istilah 'langkah kanan'; bermakna bertuah, bernasib baik, dan yang semakna dengannya. 'guru penolong kanan', 'orang kanan', dan beberapa istilah kekananan yang merujuk orang kepercayaan yang boleh diharap. tetapi apabila penggunaan istilah 'kiri', pastilah membawa persepsi yang berbeza. secara umum, 'berhaluan kiri' dilabel golongan yang melawan, degil , pembangkang, dan sebagainya. malah ada yang prejudis terhadap 'kiri'. pada jiwa orang kiri yang sensitif, mungkin agak terasa penggunaan istilah 'kanan/kiri' ini agak tidak adil. adakah saya dalam golongan yang punyai jiwa orang kiri yang sensitif?

diingatkan, dalam agama mendahulukan kanan amat digalakkan dalam banyak perkara harian. mengikut riwayat, rasulullah saw suka mendahulukan kanan dalam memakai kasut, bersikat, bersugi.. tetapi ada hadis yang mengatakan ada perkara tidak boleh didahulukan kanan. sabda rasullullah;

"bahasanya sesiapa yang memulakan kaki kanan daripada kaki kirinya apabila memasuki tandas, dia akan dapat kefakiran"

saya agak peka apabila melihat seseorang memakai jam tangan di tangan kanan. ini adalah saya dulu memakai jam tangan di tangan kanan (sekarang tidak gemar lagi memakai jam tangan). jika memakai jam tangan di tangan kiri, ini akan mengganggu saya menulis. saya gemar juga menegur sesiapa yang mengenakan jam ditangan kanan dengan soalan; "awak ni kidal ke?" kerana ada kesimpulan dalam kepala otak saya mengatakan bahawa sesiapa yang memakai jam ditangan kanan adalah kidal (eh, siapa yang prejudis skarang?). rupa-rupanya kesimpulan yang saya buat adalah kesimpulan yang kejam. tidak semua pemakai jam ditangan kanan adalah kidal.

saya ada perasan pada barangan seperti; alat muzik, komputer, butang baju, dan beberapa barangan dalam pasaran, agak menindas pihak kidal. dalam dunia komersial, pasti kuantiti penjualan produk sangat dititikberatkan. jadi tidak menghairankan apabila apabila dalam pembikinan/penjualan apa barangan yang memerlukan kesesuaian tangan, tangan kanan diutamakan kerana tangan kanan punya pasaran luas. bagi yang kidal, kena akur dengan dunia komersial lalu terpaksa membiasakan diri/tangan menggunakan barangan yang direka khas untuk tangan kanan.

ada kisah sedih mengenai orang kidal; dia telah dipaksa untuk menjadi 'tidak kidal'. semasa kecil ibunya telah mengikat gelas pada pergelangan tangannya agar dia terpaksa menggunakan tangan kanan. biadap sangatkah jika seorang anak itu kidal? pada saya, jika dia seorang kidal atau tidak kidal, dia mesti diraikan kejadian dia. bebaskan dia untuk menjadi kidal atau tidak kidal. seperti biasa, kebebasan ada batasnya. inilah datangnya warga ibu-bapa / pendidik untuk membataskan penggunaan tangan dan mendisplinkan dalam hal-hal yang tidak boleh kompromi, seperti; tangan menyuap makanan, tangan 'mengurus' najis', tangan bersalaman,)

wahai jasrul izwan yang kidal, sedangkan dunia ini dipenuhi dengan bermacam-macam warna. dengan gabungan warna-warna tersebut, terjadi pemandangan begitu indah. keindahan itu patut juga dimasukkan dalam hidup dalam dunia ini, jika semua orang kidal pasti sesuatu yang agak membosankan. malah sebenarnya, otak bukan hanya digunakan sebelah sahaja, seperti yang dikatakan mula-mula tadi, 'hanya satu bahagian lebih berkuasa'. bukan 'hanya satu bahagian sahaja berfungsi'. dalam tak sedar, sifat orang tidak kidal ada juga dalam diri. gabungan kedua-dua bahagian otak menjadikan manusia itu cantik. *melihat cermin* erm, mmg cantik! :-)

bahan dengar; radiohead, dewa

No comments: