senyuman hati yang pudar
saya telah ditegur oleh seorang kenalan mengenai penulisan saya. dia memang seorang kawan yang begitu terus terang memberi komen. saya amat menyukainya.
dia perasan sesuatu mengenai penulisan saya. saya tidak kelakar! memang agak aneh kerana saya sentiasa merasakan gembira dengan kehidupan yang ada. tapi kenapa kegembiraan tidak jelas dalam penulisan?
mungkin saya menulis dalam mood yang berbeza dengan kehidupan harian. berpura-pura? mungkin! entahlah.. saya terlalu tertumpu kepada kisah sedih dalam kehidupan sehingga berjangkit dalam penulisan. saya; penulis yang sedih..
kegagalan pada acara bercinta semestinya salah satu pendorong/motivasi semasa menulis. dirasakan juga menulis adalah satu 'pelarian' dari kemurungan kegagalan bercinta. tidak keterlaluan jika dikatakan menulis adalah cara mengadu kekecewaan.
'sumpahan' menjadi seorang lelaki yang begitu ego untuk berkongsi masalah adalah satu masalah yang besar. kononnya dirasakan apabila berkongsi masalah adalah tanda-tanda lelaki yang lemah. ego bedebah!
saya suka menulis. seolah-olah menulis adalah pelengkap kepingan-kepingan kehidupan jasrul izwan. dan saya akan usahakan mencapai cita-cita baru, azam baru, untuk menjadi seorang penulis yang bahagia. lansung menggilap senyuman hati yang agak pudar itu. kehidupan adalah cantik,kan... :-)
bahan dengar; dewa
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment