Wednesday, March 30, 2005

satu unit manusia yang sempurna :
hawa & azat

saya ingin mengucapkan tahniah kepada kawan saya, hawa (jonat) & 'isterinya' (sebenarnya 'suami' lah!), azat, atas menaikkan pangkat insan kepada pangkat 'suami&isteri' pada 05.03.2005, bersamaan hari sabtu. semoga dengan menjadi 'unit manusia yang sempurna' ini, melimpahkan bahagia kepada semua. macam 'biasa' lah, semoga dikurniakan zuriat yang soleh/solehah. dengan rasa tak malunya, saya tumpang gembira~ (nota: perenggan ini dikitarsemula) :-p

terus terang ini adalah majlis perkahwinan yang diidamkan untuk saya hadir. hawa ini adalah salah seorang kawan yang tak pernah dijumpa secara lansung. berkenalan & bertemu di internet sahaja atas jasa seorang kawan, bonzer, yang kenalkan saya pada kumpulan 'chat' di '#empire_records'.

kisah paling sedih dalam majlis perkahwinan ini adalah saya terlepas untuk menghadirinya atas sebab-sebab kegagalan komunikasi. kad jemputan telah sampai lewat seminggu ke tangan saya. terlepas untuk ke melaka negeri bersejarah.

ketidakhadiran saya dan ketidaktahuan saya mengenai perkahwinan ini menyebabkan hawa agak 'keciwa' (maaf, hawa!). saya pun 'keciwa' juga. namun nasib baiklah ada jasa kawan-kawan mengambil gambar pada majlis tersebut. dapat juga melihat kecomelan pengantin, juga kecomelan bonzer. huhu....

dari gambar, kelihatan si hawa tidak lagi perempuan 'si pipi tembam' yang selalu di gembar-gembur dari gambar-gambar sebelum ini. apakah rahsia kecantikkannya? sabun buku apa yang dia gunakan? *melihat cermin* nampaknya jambang dah semakin panjang. chuih! tiba-tiba berangan-angan menjadi kacak pula. mungkin terinspirasi setelah melihat gambar pengantin lelaki.

tiada apa lagi laporan kali ini, jumpa lagi dalam laporan perkahwinan akan datang. siapakah yang bakal menjadi mangsa seterusnya? lalalala.. :-D

"dan diantara tanda-tanda kebesaran allah ialah, dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan merasa tenang tenteramkepadanya, dan dijadikannya diantara kamu perasaan kasih dan sayang"
(ar rum:21)

No comments: