unit manusia yang lengkap
saya memahami teori yang sentiasa saya dapati menarik mengenai 'unit manusia yang lengkap' ini. dalam surah yasin ada diceritakan tentang kejadian tuhan yang berpasangan. contohnya; siang & malam, adalah pasangan yang saling melengkapi untuk satu hari yang sempurna.
bagaimana dengan manusia? dahulu, sekali imbas begitu jelas saya anggap bahawa pasangan 'lelaki & perempuan' menghasilkan unit manusia yang lengkap. dengan lebih teliti rupa-rupanya imbasan yang sekali itu adalah salah sama sekali!
sebenarnya, status 'unit manusia yang lengkap' sentiasa tergantung tanpa tali, tidak tetap, dan sentiasa kabur selagi tidak di ikat dengan ikatan perkahwinan. jadi, bila ditanya apakah unit manusia yang lengkap, 'lelaki & perempuan' adalah jawapan yang sangat salah. masa untuk saya menghargai diri sebagai manusia yang punya akal dan fikiran. saya akan jawap dengan bangga: 'suami & isteri' adalah unit manusia yang lengkap.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment