Friday, February 04, 2005

satu unit manusia yang sempurna :
nor azizah & fazri

saya ingin mengucapkan tahniah kepada kawan saya, fazri & isterinya, nor azizah, atas menaikkan pangkat insan kepada pangkat 'suami&isteri' pada 25.12.2004, bersamaan hari sabtu. semoga dengan menjadi 'unit manusia yang sempurna' ini, melimpahkan bahagia kepada semua. macam 'biasa' lah, semoga dikurniakan zuriat yang soleh/solehah. dengan rasa tak malunya, saya tumpang gembira~ :)

pengembaraan ke kuala terengganu sentiasa menjadi kegemaran saya sejak dari dulu lagi. kuala terengganu punyai terikan tersendiri. jika sekarang saya dipaksa untuk memilih lokasi kesayangan selepas kuantan, tanpa ragu-ragu saya akan memilih 'kuala terengganu'.

pemanduan ke kuala terengganu agak membosankan. saya ditemani oleh keset ustaz mohd zawawi jusoh, dan keset dewa-laskar cinta. tak lupa juga suara-suara mesra radio tempatan. yang paling dirindui adalah pemandangan sepanjang perjalanan. apabila memandu kenalah menumpukan hampir 100% pada jalan. kalau naik bas, pasti seronok melihat keadaan pemandangan dan penghuni tanah terengganu.

bertolak dari kuantan pada 24.12.2004, dalam jam 10 pagi. sampai kuala terengganu betul-betul sebelum solat jumaat. saya tidak melepaskan peluang untuk solat di masjid saya 'sokmo' dikunjung tiap kali ke kuala terengganu. masjid yang dekat dengan istana, dan dekat dengan bukit puteri. (kononnya selalu datang masjid ni, tapi nama masjid pun tak ingat~)

selesai solat, saya bertemu dengan nizang, lalu melangkah dengan bergaya ke kedai mamak terdekat. makan nasi lauk ayam + kentang masak berempah! makan secara solo sebab nizang sudah makan..atau pun dia sedang mengamalkan diet? sudah slim lagi mahu mengamalkan diet? apa yang melalut ni? maaf! (diet untuk sihat, bukan untuk kurus... betul tak?)

selepas itu saya pergi ke rumah farooq, kawan sekolah menengah masa muda-muda dulu. dia memang bekerja di kuala terengganu. baru perasan sesuatu... dalam keadaan begini, nampaknya barulah mahu menziarahi kawan-kawan. ikhlaskah ziarah ini? ziarah bertujuan untuk tumpang mandi, tidur, dan aktiviti rutin dalam jamban. ayat itu berbunyi yang agak kejam, tetapi dapat berjumpa dengan kawan lama punyai satu keistimewaan yang tersendiri. berbaloi untuk menghadiri majlis perkahwinan seorang kawan, dan pada masa yang sama bertemu seorang kawan persekolahan. ;]

saya berehat sebentar di rumah farooq. berkenalan dengan seorang kawan baru, rashid, yang berasal dari kedah. kemudian, kita sama-sama ke batu buruk. tujuan utama; pakaian bundle!! pakaian yang dijual setiap petang jumaat. mungkin orang kata pasar malam, tapi saya kata 'pasar pantai'. memang mengkagumkan perniagaan di tepi pantai. saya rasa ini adalah penjualan pakaian bundle paling panjang di tepi pantai. tak lupa juga kepada pemandangan ala-koboi dengan kuda-kuda yang agak meriah di tepi pantai.

saya beli baju sejuk, yang ada tutup kepala. warna ungu. mmg selesa. keselesaan yang berharga rm 5.00 sahaja. mungkin pandangan orang lain berbeza dalam pemakaian baju bundle, baju 2nd hand, atau bermacam-macam nama lain. saya mengidamkan pakaian yang selesa sahaja. selesa untuk dipakai (untuk bersolat, dan untuk bergembira), dan selesa untuk di beli (murah dan mudah).

sambil melihat pakaian yang begitu banyak pilihan, saya buat juga satu perjanjian kecil untuk bertemu dengan seorang lagi sahabat warga tempatan, bear. jejaka yang kadang-kadang agak misteri. saya dapati dia punyai hobi yang agak menarik berkaitan dengan pakaian bundle; mencari pakaian yang jarang ditemui, terutama pakaian yang ada kaitan dengan kumpulan muzik. nilai pakaian bundle nampaknya sudah agak berbeza dengan saya. makna sesuatu pemakaian berbeza bagi setiap orang kot..

saya mengambil kesempatan membeli hadiah untuk pengantin. kesuntukan masa & pilihan, saya berjaya membeli hadiah yang agak unik, tetapi menepati majlis perkahwinan.

malam itu, saya bersama farooq dan rasyid pergi makan di tepi pantai. memang betul-betul tepi pantai. kadang-kadang terasa tempias ombak laut terkena wajah saya yang comel ini. menu malam itu; ikan bakar, kailan ikan masin, tomyam, dan air buah yang suam. memang mengenyangkan. alhamdulillah.

saya dan farooq habiskan malam itu dengan bermain internet di cyber cefe berdekatan rumahnya.

pagi berikutnya, farooq sekali lagi menurut kehendak saya yang mengidamkan bersarapan dengan nasi lemak ikan tenggiri berhampiran dengan stesen bas. sampai di situ, saya dapati memori saya agak lemah untuk mengingat kedai yang mana satu saya makan nasi lemak ikan tenggiri. sedang mencari-cari gerai yang sesuai dengan ingatan, kami terserempak dengan wajah yang dikenali; zulkarnain, seoarang lagi kawan satu sekolah menengah masa muda-muda dulu. tujuan dia nampaknya sama dengan saya. menghadiri majlis perkahwinan seorang kawan, tetapi kawan yang berbeza. kuatnya ikatan persahabatan, nilai yang berfungsi dengan cara yang agak misteri. mungkin tak penting bagaimana misteri itu berfungsi, tetapi perasaan berkawan itu sesuatu yang gembira untuk dialami.

kamudian saya menuju ke rumah pengantin tumpang kereta nizang. farooq tak ikut sama, mungkin kerana dia seorang yang pemalu.

sampai di rumah pengantin, sudah kelihatan seorang pendekar melayu berbaju melayu hijau yang begitu segak. rupa-rupanya itu adalah pengantin lelaki, fazri. muahhahahah.. gembiranya! bukan selalu seorang lelaki akan berpakaian demikian, dan saya berpeluang melihat memperagakan fesyen demikian.

saya disambut dengan senyuman pengantin lelaki. lalu dijemput makan makanan kenduri. memang menyelerakan, tetapi makan sedidit sahaja kerana perut sudah terisi semasa makan berhampiran dengan stesen bas tadi.

sesudah makan masa untuk mengawal kekacakkan untuk acara mengambil camera. sememangnya kekacakkan semua tidak dapat dibandingkan dengan kekacakkan pengantin lelaki. aura kekacakkan dia telah dibantu dengan seri pengantin, & pemakaian songkok yang bersinar!

tujuan utama telah selesai, masa untuk pulang ke kuantan. namun ada tempat-tempat lagi yang ingin saya lawat.

nizang singgah di kedai jamu awang. saya bukanlah pengunjung kedai jamu, bila sampai di kedai ini rupa-rupanya di kedai jamu begitu kaya ubat-ubat yang 'bawah tanah' yang tidak didedahkan dengan meluas oleh media massa. sempat juga saya menjeling produk-produk menguruskan badan.. *menepuk-nepuk perut sendiri*

saya mengucapkan selamat tinggal kepada warga kedai jamu lalu menapak ke masjid yang berdekatan. selesai solat, saya menunggu farooq. ada destinasi menarik menanti.

kedai payang. pusat beli belah yang aga terkenal, bukan sahaja di terengganu. malah hampir seluruh negara. terima kasih juga atas serba sedikit bantuan dari lagu dari kumpulan iklim yang serba sedikit mempromosi kedai payang yang menjual "budu - blacang". sebenarnya, bukan itu sahaja..malah banyak lagi produk yang menarik di sini. kalau datang ke kuala terengganu, saya akan cuba sedaya upaya usahakan agar sampai ke kedai payang. kadang-kadang tak beli apa sangat, cuma ingin berada di situ dan nikmati suasananya.

sebagai buah tangan, saya membeli gula-gula asam jawa, & gula merah untuk mak. mungkin mak akan masak buah melaka, atau putri mandi, atau lompat tikam. masakan mak sungguh menyelerakan!

saya dan farooq habiskan petang itu dengan pergi lepak di pantai sambil makan makanan laut yang di celup tepung. begitu kenyang berada di kuala terengganu.

jam 5.00 petang, saya bertolak kembali ke kuantan.

p/s: kuala terengganu, saya akan kembali.

No comments: