Friday, February 18, 2005

satu unit manusia yang sempurna :
bear (amran) & azalina

saya ingin mengucapkan tahniah kepada kawan saya, bear & isterinya, azalina, atas menaikkan pangkat insan kepada pangkat 'suami&isteri' pada 14.01.2004, bersamaan hari jumaat. semoga dengan menjadi 'unit manusia yang sempurna' ini, melimpahkan bahagia kepada semua. macam 'biasa' lah, semoga dikurniakan zuriat yang soleh/solehah. dengan rasa tak malunya, saya tumpang gembira~ (nota: perenggan ini dikitarsemula) :-p

lokasi: kuala terengganu. sekali lagi bumi terengganu menjadi saksi perkahwinan seorang lagi kawan. saya rasa gembira bukan sahaja kerana majlis perkahwinan, malah kegembiraan juga adalah kerana saya punya niat yang kuat untuk menjejakkan kaki ke kuala terengganu yang setiap masa mengasah rasa sayang pada kuala terengganu. bertambah-tambah kesedapan apabila saya memilih untuk menaiki bas ke sana.

seperti dijangka, saya menikmati pemandangan yang sedap di tonton. perjalanan bernilai rm11.50 sememangnya berbaloi. kehijauan yang menyenangkan. kadang-kadang saya terfikir juga apa yang begitu menyelerakan pemandangan ke kuala terengganu ni.. kesimpulan yang tidak terperinci yang saya boleh buat hanyalah nilai pemandangan ini mungkin akan berbeza jika saya melalui jalan ini setiap hari. saya tidak punya peluang untuk merasakan pengalaman menikmati pemandangan hari-hari, jadi saya akan menghargai peluang yang jarang-jarang ini.
farooq sekali lagi 'ditarik' oleh saya menjadi tuan-rumah seadanya saya di kuala terengganu. sampai saja di stesen tanjung, saya menjemput pengantin yang tak kurang barunya, fazri untuk bersama-sama saya dan farooq untuk makan malam. setelah perdebatan ringan dibuat, kami semua bersetuju ke restoran mama tom yam.

rupa-rupanya begitu banyak restoren tom yam sehinggakan ada persatuan restoren tom yam. saya sangkakan itu merupakan lawak dari fazri, rupa-rupanya dia berkata benar. siap ada logo! namum rasa tom yam disitu agak 'tidak-tom yam', perlukah dilaporkan kepada persatuan? makan je la, jasrul...

persatuan atas nama makanan, memang idea yang menarik. apa lagi yang boleh dijadikan persatuan ekk.. *pikir* persatuan kidal, persatuan bujang (!), persatuan malas, persatuan ayam goreng, persatuan minyak wangi, dan macam-macam nama boleh diterbitkan mengikut imaginasi saya. kalau dah banyak sangat persatuan, harapnya jangan pula lupa untuk bersama-sama buat 'persatuan persatuan'. persatuan yang menyatukan semua persatuan. sekurang-kurangnya dapat mengasah rasa sangka baik antara persatuan. rasanya tujuan utama persatuan dibuat adalah untuk 'menyatukan' dan dalam proses untuk bersatu kenalah ada perasaan sangka baik dan bekerja sama. bukan pada peringkat persatuan sahaja, malah pada peringkat individu.

dah tergelincir bercerita mengenai persatuan pulak! malam tu selepas menikmati makan malam, pulang ke rumah farooq. nampaknya rakan rumah farooq, rasyid, begitu bergaya dengan motosikal baru.macam ni lah anak muda... pergi mandi, lalu menyambar komik-komik pedang setiawan koleksi farooq yang belum dibaca. baca punya baca.. lansung tertidur bersama-sama komik. komik telah meniduri saya..huhuhu~

lepas subuh, saya tidur lagi di lokasi yang sama. dah betul-betul sedar sudah lewat pagi. menyambung kembali menatap komik. komik adalah antara perkara yang menemani saya dengan agak setia dari sekolah menengah lagi. malah saya pernah menjadi pengedar komik di sekolah. maklumlah, saya ada sumber komik yang agak awal. komik merupakan 'benda' yang membawa saya lari dari bahan bacaan untuk peperiksaan yang kadang-kadang agak membosankan.

untuk solat jumaat, saya menumpang bos farooq ke masjid berhampiran. masjid yang agak terkenal, masjid terapung. memang pembinaan masjid ini saya kagumi. masjid ini benar-benar kelihatan terapung. kagum dengan penguasaan dan gabungan ilmu yang dipersembahkan hasil dalam pembinaan masjid ini. gabungan ilmu yang saya ada hasilkan apa ek? 'malam' je kot...
saya dijemput ke rumah bos farooq selepas solat, tetapi saya terpaksa lepaskan peluang tersebut kerana perlu berkejar ke rumah pengantin. masa saya agak suntuk kerana saya menaiki bas ke kuantan jam 5.00 petang. lagipun saya menumpang nizang ke rumah pengantin.
di rumah pengantin, beat kelihatan begitu perkasa dengan pakaian pengantin. semasa saya naik atas rumah, bear dan isteri sedang di arah oleh juru kamera melakukan aksi-aksi mesra suami-isteri. aksi-aksi tu telah meransang saya untuk berkata "sedap kawin nih.." hihih.. :-D

macam biasa, sesi bergambar dengan pengantin dibuat dengan begitu cepat memandangkan 'pengarah' tadi belum habiskan sesi fotografinya. sebelum bersurai, sesi bergambar bersama kawan-kawan tidak dilepaskan.

nizang terpaksa menggunakan teknik pemanduan yang tinggi ke stesen bas tanjung kerana masa sudah hampir 5 petang. sampai di stesen bas tepat jam 5 petang. bas belum sampai. kelegaan..

saya meninggalkan kuala terengganu petang itu dengan harapan akan kembali. terima kasih kuala terengganu.

:)

No comments: