pemilihan
hidup ini penuh dengan pilihan, dan kuasa untuk memilih yang terbaik sentiasa ada dalam tuan punya diri. sentiasa ada.
namun, apakah 'pilihan yang terbaik'? satu soalan yang cukup hebat dan jawapan yang akan dijawap setiap kali pilihan dibuat. sekali lagi persoalan apakah 'pilihan yang terbaik' benar-benar telah dibuat? saya pernah buat beberapa piliha sebelum ini dan dapati ada prinsip yang perlu dipegang, dan ada prinsip yang perlu dilepaskan dalam membuat pilihan.
setiap pilihan yang dibuat mestilah dalam keadaan yang waras. paling waras ialah yang paling bagus. saya percaya dengan menanam sifat 'sedar diri' bahawa kuasa yang sedikit untuk buat pilihan adalah kurniaan dan ujian tuhan. maka, pilihan yang terbaik mesti dibuat mengikut landasan yang ditetapkan tuhan. punyai peluang untuk buat pilihan bererti juga bermakna saya seorang yang merdeka dan berani untuk membuat keputusan tidak seperti orang gila. apa perbezaan 'orang merdeka dan berani' dengan 'orang gila'? orang gila akan melanggar semua peraturan. lansung tiada batasan yang mampu menghalang orang gila. saya sangat pasti tidak mahu memilih untuk menjadi gila.
namun sempadan kegilaan ini bukan lah sesuatu yang sangat jelas jika tanpa ilmu yang cukup. saya sendiri kadang-kadang tergelincir juga ke alam 'orang gila' yang akhirnya membawa kepada membuat pilihan yang sangat salah. apabila diteliti secara rambang, ada beberapa punca yang menyebab 'tergelincir';
-kurang ilmu; terlalu banyak berfikir menggunakan perut membawa padah. perlunya punyai kesedaran betapa kecil pun pilihan haru ini akan memberi kesan pada masa depan. kecewanya jika tidak dapat berfikiran kedepan melebihi kemaluan! memang memalukan... :-[ cadangan penyelesaian: baca ilmu, belajar ilmu, tambah ilmu, faham ilmu, & amal ilmu.
-dirasuk syaitan; istilah ini dipaparkan dengan agak meluas dalam filem, cerita, mahupun komik. namun pada saya, pada skala kecil, rasukkan syaitan begitu halus sehingga menjerumus ke arah membuat pilihan yang yang kejam. cadangan penyelesaian: baca ilmu, belajar ilmu, tambah ilmu, faham ilmu, & amal ilmu.
-asuhan salah; semasa kecil dulu, pernah dipromosi oleh hampir semua orang kepada saya bahawa 'orang lelaki tak boleh menangis'. kadang-kadang saya terpaksa menahan rasa sakit, dan menahan perasaan sedih demi untuk menghidupkan promosi 'orang lelaki tak boleh menangis'. rupa-rupanya itu merupakan promosi yang salah. masakan air mata yang mewakili perasaan boleh ditahan? apa pun, jika ada promosi yang kurang tepat dipromosi begitu luas. mungkin juga ada asuhan yang dipromosi yang menjurus untuk kita membuat pilihan yang tidak betul. mungkin sebagai contoh; asuhan halus semangat kenegerian, perkamuman, dan kenegaraan dirasakan begitu berjaya sampai dalam hari ramai manusia. cadangan penyelesaian: baca ilmu, belajar ilmu, tambah ilmu, faham ilmu, & amal ilmu.
-perasaan hanyut; sebesar manakah kawan-kawan sekeliling mempengaruhi pilihan yang dibuat? jawapan.. sangat besar! kena berhati-hati memilih kawan. semasa sekolah dulu, pernah saya menjadi saksi orang memilih untuk menghisap rokok kerana tidak mahu hanyut dan ketinggalan dengan kawan lain. kawan la sangat! kawan ke macam tu? rasanya definasi 'kawan' itu perlu disemak sekali lagi. pada saya, kawan adalah insan yang membantu menjadikan dirinya dan diri saya sama-sama menjadi orang yang lebih baik. cadangan penyelesaian: baca ilmu, belajar ilmu, tambah ilmu, faham ilmu, & amal ilmu.
-rasa selamat; semua orang pada asasnya mahu selamat. namun apa harga yang sanggup dibayar untuk selamat? harapnya saya takkan membuat pilihan yang salah untuk mendapat selamat. kedengaran agak terkenal apabila mahu mendapatkan sesuatu pekerjaan memerlukan 'kabel'. bukankah itu menutup rezeki orang yang sepatutnya layak mendapatkan pekerjaan itu. putuskan kabel.. cadangan penyelesaian: baca ilmu, belajar ilmu, tambah ilmu, faham ilmu, & amal ilmu.
pilih pilihan yang cantik, jasrul izwan!
bahan dengar; iwan fals, sigur ros,
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment