Monday, January 24, 2005

'kasih-sayang-cinta'

apa makna perkataan 'kasih/sayang/cinta'? hampir semua orang boleh memikirkan jawapan tersebut. kenapa? sebab kehidupan manusia digerakkan oleh rasa 'kasih/sayang/cinta'. kepada tuhan, kepada manusia, kepada bangsa, kepada negara, kepada ilmu, kepada kebendaan, dan macam-macam perkara/benda yang dirasakan berbaloi untuk dicurah rasa 'kasih/sayang/cinta'.

perkataan 'kasih/sayang/cinta' mewakili penerangan yang panjang lebar. sangat panjang lebar! mudah juga dikatakan perkataan 'kasih/sayang/cinta' digunakan kerana malas bercakap/menulis banyak.

lebih penting, bagaimana saya mengisi makna 'kasih/sayang/cinta' tersebut. perlakuan yang saya sanggup buat demi memuaskan perkataan atau label 'kasih/sayang/cinta' itu. peruntukkan masa, peruntukkan duit, peruntukkan kesihatan, malah hampir apa sahaja. bagi saya sendiri, 'kasih/sayang/cinta' telah banyak diwakili oleh hadiah, sajak, lagu, video klip, top-up prepaid, perjumpaan, surat, emel, lukisan, panggilan telefon, sms, pakaian, tak lupa juga doa kepada tuhan, dan banyak lagi. sekecil-kecil pergerakkan sel dalam badan sehingga sebesar-besar perbuatan. adalah kerana 'kasih/sayang/cinta'.

kadang-kadang terfikir juga, adakah mesej yang dilakukan demi 'kasih/sayang/cinta' itu difahami? contohnya; dulu saya pernah 'mewakilkan' perasaan 'kasih/sayang/cinta' saya dengan menghantar lagu kepada seorang perempuan. dapati lagu pertama mesej tidak berkesan. hantar lagu ke-2. masih tiada riaksi yang memberansangkan. lagu ke-3, ke-4, ke-5, ke-6..... dan sehingga hampir tiada lagi lagu jiwang dalam koleksi untuk dihantar. mengharap kepada mana-mana komposer mencipta lagu yang harap difahami oleh perempuan tersebut apabila dia dengar. akhirnya, harapan itu mengecewakan kerana adalah sesuatu yang silap apabila menggunakan karya orang lain untuk menyatakan perasaan sendiri. kesilapan yang tak logik!

dibentangkan 2 jalan menuju destinasi yang sama, pilihlah jalan yang mudah. begitu juga dengan jalan 'kasih/sayang/cinta', sentiasa ada jalan mudah untuk menyampaikannya. berbicaralah dengan tenang dan waras..katakan apa yang 'kasih/sayang/cinta'. tidak ada seorang pun yang akan dapat menidakkan apa yang saya 'kasih/sayang/cinta'.

namun yang pasti, saya adalah makhluk tuhan. hamba yang dicipta, lalu dihadiahkan punyai rasa 'kasih/sayang/cinta'. bersyukurlah atas pemberiannya. perlu diketahui dan sentiasalah ber-'kasih/sayang/cinta' kerana tuhan. 'kasih/sayang/cinta' juga merupakan kuasa. dalam mana-mana kuasa yang dikurniakan perlu saya kawal, bukannya 'kasih/sayang/cinta' mengawal saya.

saya menulis tajuk ini adalah atas permintaan seorang perempuan yang saya 'kasih/sayang/cinta'. jika ditanya saya; "apakah kasih/sayang/cinta ?". jasrul izwan akan pasti menjawap "kasih/sayang/cinta ialah fw" *kenyit* ;-)

No comments: